Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda digalak timba pelbagai ilmu pengetahua­n

-

MUKAH: Generasi kini amat digalakkan untuk menimba pelbagai ilmu pengetahua­n. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, ketika era digital masa kini, pelbagai ilmu amat perlu untuk dipelajari bahkan dikuasai.

“Sebagai contoh, ilmu berkaitan komputer dan teknologi maklumat amat kita perlukan dalam kehidupan seharian untuk pelbagai tujuan dan manfaat,” katanya pada

Majlis Perasmian Kursus Asas Komputer di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tellian Ulu di sini, baru-baru ini.

Antara tujuannya adalah untuk digunakan dalam sosial mahupun perniagaan masing-masing.

Apa yang unik juga, ilmu tersebut katanya, turut tidak mengenal peringkat umur.

Beliau pada masa sama berharap agar program seumpama itu kerap dianjurkan kerana memberi banyak manfaat kepada penduduk.

Seramai20p­esertameng­ikuti program anjuran Mukah Youth Transforma­tion and Innovation Center (MYTIC) bersama PEDi Tellian Ulu. Ia merupakan kursus asas komputer bagi kegunaan harian dalam jawatankua­sa, kelab atau kampung.

Turut hadir Pengurus PEDi Tellian Aniq Amsyar dan Ketua Kaum Hairin Junang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia