Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem KP ikut sektor atasi masalah pemindahan pekerja

Pengenalan sistem KP mengikut sektor itu juga dapat memastikan tiada majikan menyalah guna pendaftara­n pekerja

-

“Ini menyebabka­n ada pekerja yang lari dan dicuri antara sektor, jadi sekarang“kita berusaha mengatasi masalah ini. Datuk Seri M. Saravanan Menteri Sumber Manusia

TAPAH:Kementeria­nSumber Manusia akan memperkena­lkan sistem kad pengenalan (KP) mengikut sektor di negara ini bagi mengatasi masalah pekerja asing yang dilaporkan berpindah ke sektor lain sewenang-wenangnya.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, permintaan tinggi di sektor perladanga­n terutamany­a susulan kenaikan harga kelapa sawit ketika ini menyebabka­n pemilik ladang sanggup membayar gaji yang lebih, sehingga ada pekerja yang bertukar ke sektor itu.

“Ini menyebabka­n ada pekerja yang lari dan dicuri antara sektor, jadi sekarang kita berusaha mengatasi masalah ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Tapah di sini semalam.

Beliau berkata pengenalan sistem kad pengenalan mengikut sektor itu juga dapat memastikan tiada majikan menyalah guna pendaftara­n pekerja.

“Satu lagi masalah saya lihat kalau ikut pembayaran levi untuk sektor pertanian adalah lebih murah, maka ramai majikan walaupun dalam sektor lain tetapi mereka membawa masuk pekerja warga asing dengan saluran pertanian kerana lebih murah.

“Dengan memperkena­lkan sistem kad mengikut sektor ini, kita dapat atasi perkara ini dan ia juga akan memudahkan penguatkua­saan pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Jumaat lepas Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata peningkata­n harga minyak sawit di dalam sektor perladanga­n telah menarik pekerja dari sektor lain dan memberi kesan kepada sektor pembinaan apabila pekerja mereka berpindah ke sektor itu.

Sementara itu, Saravanan berkata pihaknya yakin isu kelewatan kemasukan pekerja asing ke negara ini akan selesai pada penghujung bulan ini dan para majikan diminta bersabar menunggu proses pegambilan tenaga kerja luar yang perlu mengambil masa.

Terdahulu mengenai Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia Negeri Perak yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin, beliau berkata 8,615 kekosongan jawatan ditawarkan di karnival itu, dan 374 individu telah ditemu duga setakat petang kelmarin.

“Dari jumlah itu 53 pencari kerja berjaya dalam temu duga dan 140 orang berjaya mara ke pusingan kedua temu duga dengan 32 majikan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN KARNIVAL: M. Saravanan (tengah) bergambar bersama tetamu yang hadir selepas merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Tapah, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN KARNIVAL: M. Saravanan (tengah) bergambar bersama tetamu yang hadir selepas merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Tapah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia