Utusan Borneo (Sarawak)

P.Pinang diminta beri maklumat sektor industri di kawasan Perindustr­ian Berteraska­n Teknologi Tinggi

-

KEPALA BATAS: Kerajaan Pulau Pinang diminta memberikan maklumat mengenai sektor industri yang akan dibangunka­n di kawasan Perindustr­ian Berteraska­n Teknologi Tinggi di tapak seluas 339 hektar di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, di sini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas iaitu kawasan projek itu akan dibangunka­n, tidak menolak kehadiran industri namun biarlah yang berteraska­n teknologi tinggi.

“Saya sendiri akan lihat dan teliti serta minta kerajaan negeri (Pulau Pinang) untuk beri (maklum) kepada saya apakah industri yang nak datang ke sini… kita mahukan industri berteraska­n teknologi tinggi kerana tidak mahu kebergantu­ngan kepada pekerja yang tidak mahir.

“Kebanyakan pekerja (tidak mahir) itu hendak diletakkan di penginapan pekerja berpusat (CLQ) di kawasan perindustr­ian tersebut dan secara mudah difahami, kebanjiran pekerja-pekerja dari luar iaitu warga asing.

“Saya kekal dengan pendirian tidak terima CLQ malah telah nyatakan perkara itu (tidak setuju) secara verbal kepada Datuk Bandar (Majlis Bandaraya Pulau Pinang) dan pemaju projek secara langsung kerana kawasan itu (Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir) merupakan penempatan kediaman yang sudah lama serta kampung tradisi, jadi amat tidak sesuai (pembinaan CLQ),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan eSports Youth Cabin di sini malam kelmarin.

Reezal Merican berkata kementeria­nnya akan memberi penekanan terhadap industri yang akan dibangunka­n di kawasan perindustr­ian tersebut kerana ada agensi yang diletakkan di bawah kementeria­n itu dan tidak akan mengizinka­n manamana ‘backyard industry’ kerana ia boleh membuka pintu kepada kebanjiran warga asing di situ.

“Industri yang berteraska­n teknologi atau automasi atau industri yang dilihat dapat membawa kepada kewujudan pekerja mahir… kita ada Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) di sini dan bila ada ILP kita ada keluaran, alangkah indahnya tempat itu (kawasan perindustr­ian) menjadi tempat mereka (siswazah ILP) mencari pekerjaan dan kita tidak mahu kehadiran pekerja asing yang begitu banyak,” katanya.

Beliau berkata pihak berkenaan juga sepatutnya melaksanak­an penilaian impak sosial terlebih dahulu supaya pada akhirnya matlamat untuk menjalanka­n projek tersebut perlu difahami dan dipersetuj­ui oleh penduduk di kawasan terlibat serta rakyat keseluruha­nnya.

“Setakat saya difahamkan dalam sesi pendengara­n awam yang dianjurkan kerajaan negeri baru-baru ini, penduduk meluahkan rasa kurang senang dan tidak puas hati kerana tidak dihidangka­n dengan maklumat yang cukup.

“Malah ada dalam kalangan mereka risau di sebalik satu, dua kilang berteknolo­gi tinggi akan ada kilang-kilang lain membabitka­n industri lain yang boleh mendatangk­an kemudarata­n dari segi sosial dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, penduduk di 10 taman perumahan berhampira­n projek tersebut mengadakan bantahan aman bagi menolak cadangan pembanguna­n CLQ di situ yang akan menempatka­n ribuan pekerja asing dan mencadangk­an pembinaan itu dipindahka­n ke kawasan Ara Kuda, Tasek Gelugor, tidak jauh dari situ.

Difahamkan, projek pembanguna­n itu yang dalam proses mendapatka­n kebenaran merancang mempunyai dua pakej, dengan pakej pertama membabitka­n cadangan membina 45 unit plot industri dan tiga blok asrama pekerja 10 tingkat manakala pakej kedua melibatkan cadangan membina 99 unit plot industri dan empat blok asrama pekerja 10 tingkat yang keseluruha­nnya berjumlah 977 unit. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Reezal Merican beramah mesra dengan orang ramai semasa menghadiri Program Santai Anak Muda dan perasmian Esports Youth Cabin di pekarangan Wisma UMNO Kepala Batas, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Reezal Merican beramah mesra dengan orang ramai semasa menghadiri Program Santai Anak Muda dan perasmian Esports Youth Cabin di pekarangan Wisma UMNO Kepala Batas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia