Utusan Borneo (Sarawak)

Onn Hafiz mahu lahirkan ramai pemimpin pelapis masa depan

-

ISKANDAR PUTERI: Biarpun masih dikira sebagai antara pemimpin termuda yang memegang jawatan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berpandang­an sudah sampai masanya beliau terlibat dalam menyediaka­n lebih ramai pelapis pemimpin masa depan, sekali gus memastikan kesinambun­gan pembanguna­n dan kestabilan berterusan di Johor.

OnnHafiz,44,yangmerupa­kan piut kepada Menteri Besar Johor yang pertama, Datuk Ja’afar Mohamed serta cicit kepada Menteri Besar ketujuh, Datuk Onn Ja’afar berkata, beliau melihat “grooming process” untuk melahirkan pelapis pemimpin masa depan, sangat penting dan perlu diberi perhatian.

“Saya secara peribadi bersyukur kerana Menteri Besar Johor yang pertama Datuk Ja’afar Mohamed adalah datuk kepada datuk saya, anaknya tiga orang jadi Menteri Besar dengan sorang daripada anaknya ialah Datuk Onn Ja’afar (Menteri Besar ketujuh), bapa kepada datuk saya.

“Mereka ini melalui proses ‘grooming’. Masa itu The Royal House of Johor menyediaka­n mereka, hantar mereka ke England bersama anak-anak raja, belajar, kemudian balik ke Johor, kemudianny­a memantapka­n jati diri Melayu mereka, kemudian dihantar ke ‘The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)’, jadi pentadbirp­entadbir yang berkhidmat kepada Raja masa itu juga dilatih dan disiapsiag­akan,” kata beliau ketika wawancara eksklusif bersama Bernama di pejabatnya di Kota Iskandar, di sini, baru-baru ini.

Dua anak Ja’afar yang turut menjadi Menteri Besar Johor ialah Datuk Abdullah Ja’afar (Menteri Besar Johor ketiga) dan Datuk Mustapha Ja’afar (Menteri Besar keempat).

Ahli Dewan Undangan Negeri Machap itu berkata beliau turut menimba pengalaman dan mempelajar­i banyak perkara ketika berkhidmat selama 12 tahun dengan bapa saudaranya iaitu Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein termasuk menjadi Setiausaha Politik kepada Hishammudd­in sebelum ini.

Justeru Onn Hafiz berkata kerajaan negeri berhasrat untuk mewujudkan ‘Sekolah Kepimpinan’ sebagai satu aspirasi dalam melahirkan lebih ramai pemimpin generasi baharu berwibawa, mempunyai jiwa pemimpin yang berintegri­ti, amanah, bertanggun­gjawab, berwawasan, bijak dan berpengala­man untuk memacu Johor sebagai sebuah negeri maju dan berdaya saing pada masa akan datang.

Menteri Besar Johor itu berkata cadangan berkenaan telah dibincangk­an bersama Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan, Pembanguna­n Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah, yang akan melihat pelbagai kaedah dalam melahirkan pemimpin baharu dalam pelbagai bidang.

“Saya ingin pupuk para pemimpin yang benar-benar bersemanga­t untuk memajukan negeri. Tiada gunanya jika saya jadi pemimpin selama lima tahun, dan kemudian apabila saya toleh ke belakang - tiada pelapis. Pada masa yang sama saya perlu sedar bahawa pemimpin tidak boleh terlalu terikat dengan jawatan itu,” kata beliau ketika ditanya apakah harapan beliau untuk mewakili generasi muda dalam barisan kepimpinan negeri.

Onn Hafiz yang merupakan anak kelahiran Simpang Renggam bagaimanap­un sebak ketika ditanya sama ada legasi keluarga beliau yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin tersohor dan terhormat itu, turut menjadi asas kepada kepimpinan beliau kini, sekali gus menjadi sandaran orang ramai meletakkan harapan tinggi.

“Alhamdulil­lah mungkin berkat doa mereka hari ini seorang daripada cicit mereka menjadi Menteri Besar Johor, tapi dari segi legasi dan semua itu sebenarnya saya tidak rasa ada tekanan di situ. Saya pernah katakan yang saya dibimbing oleh tanggungja­wab saya sebagai pemimpin Islam, kerana akhirnya semua ini adalah sementara, dan saya akan disoal ..,” kata beliau yang terdiam seketika menahan sebak.

Beliau berkata akhirnya beliau tidak memikirkan sangat soal legasi, tapi lebih kepada soal sekiranya beliau telah melakukan yang terbaik sebelum kembali menemui Allah SWT apabila tiba masanya.

“Sebab itu bila orang tanya Datuk turun padang macam ni nanti jerih, penat… seikhlasny­a saya tidak rasa penat kerana inilah yang mendorong saya untuk terus bekerja, jadi saya perlu mohon kepada

Allah agar diberikan ilham, petunjuk dan diberi kesihatan yang baik supaya saya dapat terus berkhidmat.

“Sekiranya Allah putuskan bahawa Onn Hafiz, masa anda sudah tamat, saya reda. Ketika ini saya tidak tetapkan untuk jadi Menteri Besar untuk dua atau tiga penggal. Tidak. Ini semua ketentuan Tuhan. Saya jadi Menteri Besar, saya pun tak sangka tapi bila dah diberikan amanah ada tanggungja­wab ini saya kena pikul sebaik mungkin dan sebagai pemimpin Islam, diskrimina­si atau menganiaya orang lain, orang bukan Islam. Tidak! Kita adalah pemimpin untuk semua, itu yang diajar oleh Islam,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau sendiri pada suatu hari nanti akan memimpin UMNO Johor, beliau berkata: “Ini adalah situasi yang unik, sama seperti di peringkat Persekutua­n, Perdana Menteri adalah Naib Presiden dan Presiden UMNO tidak menjadi Perdana Menteri. Saya rasa itu juga keadaan di Johor, tapi bagi saya, saya tidak mengejar jawatan. Jika pucuk pimpinan buat keputusan, apa saja, saya ikut. Saya ‘orang’ parti.

Beliau berkata Pengerusi

Jawatankua­sa Perhubunga­n UMNO Johor Datuk Hasni Mohamad yang juga bekas Menteri Besar memberi sokongan yang baik terhadap kepimpinan beliau, keduadua mereka dapat bekerjasam­a dengan baik hingga sekarang.

“Alhamdulil­lah. Sekali lagi saya katakan, semua jawatan ini amanah, silap-silap anda masih kena menjawab kepada yang di ‘atas’ tau. Saya bukan terkejar-kejar (jawatan), tak ada. Itu bukan saya,” katanya.

Menjawab persoalana­n kemungkina­n beliau bertanding untuk sebarang jawatan pada pemilihan UMNO akan datang, katanya selesa dan gembira berada di Johor sahaja.

Mengenai usaha pihak pembangkan­g kebelakang­an ini, Onn Hafiz menyelar tindakan mereka yang seolaholah mencari isu serta cuba menggunaka­n strategi untuk menghasut rakyat berbanding bersama-sama kerajaan (menangani masalah) dan memberikan kritikan membina.

“Turun nak menghasut, nak tunjukkan seolah-olah kerajaan ini tidak peduli. Saya rasa ia salah, kerajaan ini benar-benar ambil berat, dan apabila tiba masanya nanti sekali lagi rakyat akan menentukan… Saya minta rakyat tengok apa dia (pembangkan­g) buat masa 22 bulan (menjadi kerajaan).

“Apa yang diberikan oleh kerajaan negeri semasa Pakatan Harapan berkuasa. Cuba dia periksa dan bandingkan dengan apa yang diberikan Barisan Nasional sebelum ini, dan apa yang akan diberi,” katanya.

Onn Hafiz berkata disebabkah jenuh memberi tumpuan kepada usaha memenuhi janji-janji Barisan Nasional kepada rakyat yang menjadi keutamaann­ya ketika ini, di samping berusaha memenuhi harapan ramai, beliau sudah lama tidak melakukan larian lima kilometer yang menjadi rutin baginya sebelum ini.

“Alhamdulil­lah, isteri saya (Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor) memberi sokongan penuh kepada saya di rumah, anak-anak semua (sokong) ya, syukur Alhamdulil­lah. Saya selalu berdoa ‘Allahumma Alhimni rushdi waa’idhni min sharri nafsi’…. mohon petunjuk dari Allah, dan lindungi saya daripada kejahatan nafsu saya,” kata bapa kepada empat anak itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia