Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian akibat demam Kongo di Iraq cecah 27

-

BAGHDAD: Angka kematian di Iraq akibat demam berdarah bawaan kutu Crimea-Kongo telah meningkatk­an kepada 27 orang pada tahun ini, menurut kepada jumlah terkini yang dikeluarka­n kelmarin oleh pihak berkuasa yang berusaha untuk mengawal satu wabak.

Jumlah terkini menandakan satu peningkata­n mendadak daripada jumlah bulan lepas, ketika 12 kematian telah direkodkan antara 55 kes yang disenaraik­an sejak awal tahun.

Turut dikenali sebagai demam Kongo, penyakit itu menyebabka­n pendarahan teruk.

Orang selalunya mendapat penyakit itu melalui kontak dengan darah daripada haiwan yang dijangkiti, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Sejak awal tahun, 162 kes demam berdarah telah direkodkan, termasuk 27 kematian,” menurut jurucakap kementeria­n kesihatan Seif al-Badr kelmarin.

Beliau menyatakan kematian pertama telah direkodkan di utara Iraq di wilayah autonomi Kurdistan, sambil menambah bahawa separuh daripada angka keseluruha­n kes yang direkodkan telah pulih.

Endemik di Afrika, Asia, Timur Tengah dan Balkan, penyakit itu memiliki kadar kematian antara 10 hingga 40 peratus, menurut WHO.

Jurucakap menambah bahawa pihak kementeria­n sedang berusaha untuk mengesan kes seawal mungkin.

Wilayah selatan Dhi Qar yang terkenal dengan penternaka­n lembu dan haiwan lain, mencatat angka kes paling tinggi dengan 61 orang dijangkiti setakat ini.

Pihak berkuasa telah melakukan kempen penyahjang­kitan dan sedang membantera­s rumah-rumah penyembeli­han yang tidak mematuhi protokol kebersihan.

Beberapa wilayah turut mengharamk­an pergerakan ternakan di seberang sempadan mereka.

Peladang ternakan dan pekerja rumah penyembeli­han paling ramai terjejas penyakit ini, kata pihak kementeria­n kesihatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia