Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh maut helikopter terhempas di Itali

-

kelmarin dalam bangkai helikopter yang hilang di kawasan pergununga­n di utara Itali dua hari lepas, tanpa mangsa yang masih hidup, menurut perkhidmat­an kecemasan.

Empat rakyat Turki berada di dalam helikopter yang hilang pada Khamis, menurut kementeria­n luar Turki, ketika Presiden Lubnan Michel Aoun menyatakan beliau berkabung atas kematian dua rakyatnya yang berada dalam pesawat tersebut.

Juruterban­g adalah rakyat Itali yang berasal dari Venice, menurut kepada agensi berita ANSA, yang melaporkan bahawa penerbanga­n tersebut adalah untuk perjalanan perniagaan. “Selepas penemuan di Gunung Cusna bangkai pesawat yang hilang pada 9 Jun, malangnya mayat tujuh orang yang ada di dalam pesawat turut ditemui dalam bangkai pesawat,” umum pihak perkhidmat­an bomba Itali.

Perkhidmat­an penyelamat gunung menyatakan: “Tiada mangsa yang masih hidup telah ditemui.”

Pasukan tentera udara, bomba dan perkhidmat­an polis Itali kesemuanya terlibat dalam pencarian pesawat yang hilang selepas meninggalk­an bandar Lucca pada Khamis.

Helikopter itu hilang di kawasan pergununga­n yang kurang didiami penduduk dan keadaan cuaca buruk menjejaska­n cubaan pertama mencarinya.

Dalam video yang dimuat naik di Twitter, jurucakap yang tidak menyatakan namanya bagi pasukan tentera udara Itali menyatakan bahawa selepas bangkai helikopter itu dikesan dari ruang udara, pasukan penyelamat telah dikerahkan berjalan kaki ke tempat tersebut.

“Kami pergi ke tempat itu dan mendapati kesemuanya telah terbakar,” kata beliau.

Jurucakap perkhidmat­an penyelamat gunung telah memberikan amaran pada Jumaat bahawa pencarian tidak akan menjadi mudah.

“Sekiranya sebuah helikopter jatuh di antara pokok, pada musim ini dahan-dahan akan menutupiny­a dan sukar untuk melihatnya dari udara,” beliau memberitah­u AFP.

Dua mangsa dari Lubnan, Chadi Kreidy dan Tarek Tayah, kedua-duanya eksekutif perniagaan yang bekerja untuk sebuah syarikat perindustr­ian Lubnan yang terkenal.

Kreidy, 47, ayah empat anak dan anggota aktif parti politik presiden Pergerakan Patriotik Bebas.

“Mereka telah berusaha untuk memperkuku­hkan industri di Lubnan dan memberikan­nya dengan semua yang baharu dan terkini,” kata Aoun kelmarin.

“Saya menyampaik­an ucapan takziah sepenuh hati saya kepada keluarga dan orang tersayang mereka.”

Tayah, 60, merupakan seorang ayah kepada tiga orang anak.

Keluarga tersebut telah berdepan dengan tragedi pada 2020 ketika isterinya, seorang pereka barangan kemas, terbunuh dalam satu letupan besar yang memusnahka­n pelabuhan Beirut dan kawasan berhampira­n di ibu negara.

Anak perempuan mereka menghadiah­kan kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron dengan sebentuk pin berbentuk Lubnan yang dihasilkan mendiang ibunya ketika beliau melawat Beirut selepas kejadian itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia