Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Czech terkorban di Ukraine

-

PRAGUE: Seorang lelaki Czech terkorban di timur Ukraine di wilayah Donbas yang ditawan Rusia, Menteri Luar Jan Lipavsky berkata kelmarin.

“Kedutaan di Kyiv sedang berdepan dengan situasi tersebut, kami sedang cuba untuk menghubung­i keluarga mangsa,” Lipavsky memberitah­u wartawan.

“Mayat lelaki itu seharusnya dibawa ke kawasan Kharkiv esok,” tambah beliau selepas bertemu dengan rakan setugasnya dari Turki Mevlut Cavusoglu di Prague.

Wartawan Czech Lenka

Klicperova, yang telah memaklumka­n tentang berita kematian itu dalam Facebook, menyatakan lelaki itu merupakan anggota tentera sukarela yang dikenali sebagai Michal J. dan telah terkorban Jumaat lepas.

Ini merupakan kematian kedua rakyat Czech ketika penaklukan Ukraine oleh Rusia yang bermula pada 24 Februari.

Pada Mei, kementeria­n luar mengesahka­n kematian seorang pemandu trak Czech yang ditembak mati dan ditemui ditanam di tepi jalan.

Dia dilapor hilang sejak 2 Mac. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia