Utusan Borneo (Sarawak)

Tripoli kembali digegar pertempura­n

-

TRIPOLI: Pertempura­n di antara kumpulan bersenjata meletus di bandar utama Libya pada malam Jumaat, menurut kepada media tempatan, ketika negara itu mengalami kesan cubaan rampasan kuasa yang gagal tiga minggu lepas.

Kejadian tembak-menembak sengit dan letupan bergema di beberapa buah daerah di Tripoli pada Jumaat lepas, menurut wartawan AFP, ketika gambar yang disiarkan media tempatan menunjukka­n orang awam meninggalk­an kawasan yang sangat sesak.

Pertempura­n sengit melibatkan dua militia berpengaru­h dari Libya barat, lapor media tempatan.

Tiada kematian atau motif pertempura­n dilaporkan dengan segera, namun ia merupakan keganasan terkini yang menggegark­an negara itu ketika dua perdana menteri bermusuhan berebut kuasa.

Selepas satu rusuhan pada 2011 mengguling­kan pemimpin diktator Muammar Gaddafi, perbalahan politik meletus bagi memenuhi lohong kuasa yang membelengg­u Libya yang kaya dengan minyak.

Pada bulan lepas ahli politik Fathi Bashagha cuba untuk merampas kuasa dan mencetuska­n perbalahan awal pagi di antara kumpulan bersenjata yang menyokongn­ya dengan kumpulan lain yang menyokong perdana menteri sementara Abdulhamid Dbeibah.

Dbeibah telah dilantik di bawah proses damai bermasalah yang diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada awal tahun lepas bagi mengetuai peralihan untuk pilihan raya yang ditetapkan pada Disember 2021, namun pilihan raya itu ditangguhk­an.

Pada Februari, parlimen melantik Bashagha, menteri dalam negeri sebelum ini, atas alasan mandat Dbeibah telah tamat.

Namun Dbeibah telah menegaskan dia hanya akan melepaskan kuasa kepada pentadbira­n yang dilantik. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEMBALI AMAN: Kelihatan kenderaan bergerak di sepanjang jalan di daerah Souk al-Thalath di Tripoli bandar utama Libya kelmarin selepas berlaku pertempura­n sengit antara dua militia berpengaru­h pada malam Jumaat lepas.
— Gambar AFP KEMBALI AMAN: Kelihatan kenderaan bergerak di sepanjang jalan di daerah Souk al-Thalath di Tripoli bandar utama Libya kelmarin selepas berlaku pertempura­n sengit antara dua militia berpengaru­h pada malam Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia