Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ADUN Sedili mengaku tidak bersalah mencabul wanita muda

-

MUAR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sedili mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mencabul seorang wanita, Januari lepas.

Tertuduh, Rasman Ithnain, 54, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Rasman yang juga Ketua Bahagian BERSATU Kota Tinggi didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita berusia 27 tahun di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vellfire, di sini kira-kira JAM 5 petang, 13 Jan lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalik­an Pengarah Pendakwaan

Negeri Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangk­an tertuduh diikat jamin RM5,000.

Bagaimanap­un, peguam Muhammad Mohd Nasir dan Muhammad Izzad Syafiq Ismail yang mewakili Rasman merayu jumlah jaminan dikurangka­n dengan alasan anak guam mereka memberi kerjasama sepanjang siasatan polis.

Amalina Basirah membenarka­n jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Julai untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Mahkamah turut menetapkan 16 hingga 18 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraa­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia