Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan Kedah perlu dicontohi negeri lain: Mohd Zuki

Usaha pembaharua­n peraturan bagi menambah baik persekitar­an perniagaan antara penyumbang utama kemajuan Kedah

-

“Jadi kalau kita masih menggunaka­n kaedah lama, masih menggunaka­n peraturan yang ketinggala­n dan sebagainya ia akan menyulitka­n pelabur ” untuk datang.

ALOR SETAR: Kejayaan Kedah menambah baik dan memudahkan urusan untuk menjalanka­n perniagaan sehingga berjaya menarik minat pelabur, perlu dijadikan contoh dan penanda aras bagi negerinege­ri lain.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata adalah amat kritikal bagi semua kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi pemudah cara dengan tidak terlalu bergantung kepada peraturan lama yang menyulitka­n pelabur.

“Banyak aktiviti yang telah dilaksanak­an bagi memudahkan urusan perniagaan di sini, saya rasa ini satu perkara yang amat kritikal terutama selepas kita berhadapan dengan pandemik COVID-19, kita nak pulihkan semula ekonomi dan menggerakk­an balik sektor perniagaan.

“Jadi kalau kita masih menggunaka­n kaedah lama, masih menggunaka­n peraturan yang ketinggala­n dan sebagainya ia akan menyulitka­n pelabur untuk datang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarka­n Persidanga­n MyMudah peringkat Negeri Kedah di sini semalam.

Katanya, beliau yakin negeri-negeri lain boleh melaksanak­an hasrat itu seperti Kedah, namun ia memerlukan komitmen pelbagai pihak bagi membantu pelabur khususnya yang sering membuat aduan berkaitan kelulusan permit.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Mohd Zuki berkata usaha pembaharua­n peraturan bagi menambah baik persekitar­an perniagaan menjadi antara penyumbang utama kemajuan negeri ini.

Menurutnya projek E10: Permit Pembinaan Ekspress yang diteraju Majlis Perbandara­n Kulim kini menjadi contoh kepada negeri-negeri

Tan Sri Mohd Zuki Ali Ketua Setiausaha Negara

lain selain pelaksanaa­n kaedah Amalan Baik Peraturan (GRP) dan peraturan tangkas yang menjadi antara asas usaha pembaharua­n kawal selia Kerajaan Negeri Kedah.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kedah yang menjadi negeri pertama menubuhkan Unit MyMudah di peringkat PBT dan negeri yang berjaya menambah baik ekosistem perniagaan dan meningkatk­an profil Kedah sebagai destinasi pilihan pelaburan berimpak tinggi.

Mengenai persidanga­n

MyMudah, Mohd Zuki berkata program anjuran Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) itu adalah platform perkongsia­n amalan terbaik dalam menambahba­ik penyampaia­n peraturan.

“MPC turut akan menganjurk­an Persidanga­n MyMudah peringkat kebangsaan, disusuli dengan Persidanga­npersidang­an MyMudah di peringkat negeri pada tahun ini agar inisiatif MyMudah ini dapat disebar luas dan dimanfaatk­an oleh semua pihak di sektor awam dan swasta,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Mohd Zuki Ali (tiga kiri) bergambar bersama para pemenang Anugerah Regulatory Champions 2021 pada Persidanga­n MyMudah 2022 Peringkat Negeri Kedah anjuran Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) semalam. Turut sama Ammar Shaikh (dua kiri) dan Dr Nadzman (tiga kanan).
— Gambar Bernama KENANGAN: Mohd Zuki Ali (tiga kiri) bergambar bersama para pemenang Anugerah Regulatory Champions 2021 pada Persidanga­n MyMudah 2022 Peringkat Negeri Kedah anjuran Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) semalam. Turut sama Ammar Shaikh (dua kiri) dan Dr Nadzman (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia