Utusan Borneo (Sarawak)

Turun padang jadi pendekatan Onn Hafiz, Exco Johor dekati rakyat

-

ISKANDAR PUTERI: Pendekatan turun padang untuk melihat sendiri dan menyelami sesuatu isu serta permasalah­an masyarakat akan terus menjadi ‘jambatan dan kaedah’ Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama barisan kepimpinan­nya mendekati rakyat, sekali gus bertindak segera menyelesai­kan masalah yang dihadapi.

Mengakui berhadapan dengan situasi mencabar untuk membina semula ekonomi susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak 2020, Onn Hafiz berkata beliau berusaha melaksanak­an dan membuat penambahba­ikan terhadap polisi-polisi kerajaan sedia ada untuk meneruskan kesinambun­gan dasar demi kesejahter­aan rakyat dan meningkatk­an daya saing Johor, yang menjadi pintu masuk utama selatan negara.

“Perkara utama ialah membina ekonomi. Nak jadikan Johor ini lebih berdaya saing daripada segi ekonomi dan dalam masa sama, saya juga hendak selesaikan isuisu rakyat. Perkara asas seperti jalan raya, isu banjir, isu tanah, isu kesihatan dan sebagainya.

“Bagi saya, kalau kita hendak mengejar kemajuan untuk negeri Johor, saya hendak pastikan perkaraper­kara asas diselesaik­an dahulu, ia perlu berjalan serentak,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.

Mengimbau pentadbira­nnya yang akan memasuki 100 hari pada 24 Jun ini, Onn Hafiz yang mengangkat sumpah jawatan pada 15 Mac lepas, berkata beliau sejak dari awal lagi mengambil pendekatan untuk turun ke akar umbi bagi meninjau sendiri keadaan rakyat termasuk menyelami segala permasalah­an yang perlu diperbaiki di peringkat pentadbira­n kerajaan negeri.

“Alhamdulil­lah, saya sudah pergi kesemua 10 daerah dan itu adalah sebahagian daripada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) saya secara peribadi, sebab saya hendak tahu keadaan di setiap daerah dan saya tidak turun seorang. Saya kerja berpasukan dengan barisan Exco dan saya perlu membuat mereka mempercepa­t dan mereka kena tahu keadaan di setiap daerah di Johor.

“Jadi kita (telahpun) berjumpa semasa bulan puasa dan raya (tempoh hari) dengan setiap perjumpaan (melibatkan) sesi dengan pejabat daerah untuk memahami keadaan terkini,” kata Menteri Besar Johor ke-19, yang acap kali menekankan keutamaan mengukuhka­n perkara-perkara asas di negeri Harimau Selatan, yang mempunyai 3.8 juta penduduk.

Kebelakang­an ini, Onn Hafiz ‘mencuri’ perhatian khususnya masyarakat Johor apabila sering turun padang meninjau lokasi dan premis perkhidmat­an awam untuk melihat sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang sering digunakan oleh rakyat.

Antara yang dilakukan beliau termasuk menyamar menjadi pengguna biasa dengan menaiki bas dari Johor Bahru Sentral ke Singapura selain meninjau situasi di Kompleks Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika di Johor Bahru dan memeriksa keadaan infrastruk­tur asas seperti laluan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Memanfaatk­an penggunaan teknologi komunikasi menerusi media sosial, Menteri Besar berusia 44 tahun itu menyifatka­n penggunaan Facebook, Twitter dan WhatsApp sebagai medium untuk menyampaik­an mesej kepada rakyat mengenai sesuatu isu berbanding sidang media adalah cara terpantas untuk menyampaik­an maklumat sekali gus menyangkal dakwaan kononnya beliau mengetepik­an pihak media.

“Saya melihat sebagai pemimpin pada era moden ini, kita tidak boleh lari daripada menggunaka­n media sosial tetapi ini tidak bermaksud saya mengetepik­an media dan kalau ada sidang media dan interview (wawancara) seperti ini, saya lebih gembira untuk melakukann­ya.

“Saya juga menerima banyak maklum balas daripada media sosial sebab bila dia (orang ramai) hantar laporan, kadang-kadang laporan bergambar, selepas itu bukan gambar sahaja, kadangkada­ng video dan sebagai pemimpin yang bertanggun­gjawab, takkan saya hendak abaikan? Saya kena mengambil tindakan yang termampu untuk menyelesai­kan isu-isu,” katanya.

Menyentuh tentang Ikhtiar Barisan Nasional (BN) Johor, manifesto parti semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lepas, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri komited untuk menyampaik­an kesemua ikhtiar merangkumi kemajuan ekonomi, kesejahter­aan rakyat, Orang Muda Johor (OMJ), membudayak­an pentadbira­n berintegri­ti dan melaksanak­an reformasi politik demi kestabilan ekonomi dan politik di negeri ini.

“Berkenaan dengan reformasi politik, nak kena ubah enakmen negeri bukan sahaja untuk (Enakmen) Anti Lompat Parti, ada beberapa lagi enakmen yang saya akan tengok tetapi saya akan simpan untuk amanat 14 Jun ini,” katanya.

Selasa ini, Menteri Besar Johor itu dijadual membentang­kan visi dan misi Johor bagi tempoh lima tahun pada majlis amanat yang akan dihadiri oleh penjawat awam negeri dan Persekutua­n.

Onn Hafiz, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap menggantik­an Datuk Hasni Mohammad yang dilantik sebagai Menteri Besar ke18 pada 28 Februari 2020. — Bernama

 ?? ?? ONN HAFIZ
ONN HAFIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia