Utusan Borneo (Sarawak)

DBKL nafi lantik SCIB ganti tiang lampu

-

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam menafikan laporan media yang mengatakan pihaknya melantik Sarawak Consolidat­ed Industries Bhd (SCIB) untuk melaksanak­an apa-apa kerja bagi pihak DBKL.

“DBKL tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak bagi melantik SCIB atau manamana anak syarikatny­a untuk melaksanak­an apa-apa kerja bagi pihak DBKL,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini media melaporkan SCIB melalui anak syarikat milik penuhnya, SCIB Properties Sdn Bhd, menerima surat lantikan bagi kontrak kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pengoperas­ian (EPCC) bernilai RM30.75 juta daripada Ennova Sdn Bhd membabitka­n penggantia­n 200 unit tiang lampu di Lembah

Klang untuk DBKL.

Perkhidmat­an kejurutera­an projek untuk penggantia­n tiang lampu pintar bersepadu DBKL itu dijangka bermula pada bulan ini dan berakhir pada Mei 2023.

Perkara itu mencetuska­n komen beberapa pihak yang mempertika­ikan nilai kontrak yang disifatkan tidak sepadan dengan kerja pembinaan yang dinyatakan dan meminta penjelasan DBKL berhubung perkara itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia