Utusan Borneo (Sarawak)

Menabung sejak 14 tahun lepas, empat beradik teruja dapat tunai haji bersama

-

SEREMBAN: Empat beradik di sini tidak menyangka dapat merealisas­ikan impian mereka sejak sekian lama menjadi tetamu Allah, apabila terpilih untuk menunaikan ibadah haji bersama-sama pada tahun ini.

Meluahkan kesyukuran, Siti Norsaliana Abu Khalid, 35, berkata ia merupakan rezekinya bersama tiga adikberadi­knya iaitu Muhammad Saffuan, 34, Siti Norkhariah, 27, dan Muhammad Syahid, 18, selepas mula menabung sejak 2008 dan mendaftar haji pada tahun yang sama.

Malah suami Siti Norsaliana

iaitu Mohd Zamzuri Ali, 36, dan adik iparnya Siti Analiza Mak Tapin, 34, turut sama menyertai mereka untuk mengerjaka­n ibadah haji itu.

“Saya ada seorang lagi adik yang juga menerima tawaran menunaikan haji pada tahun ini, tetapi dia baru melakukan pembedahan lutut dan terpaksa menolak tawaran tersebut.

“Ibu dan ayah juga dapat tawaran tunai haji, tetapi disebabkan mereka pernah menunaikan­nya sebelum ini mereka menolak dan ingin memberi peluang kepada orang lain,” kata anak sulung itu kepada Bernama di sini, kelmarin.

SitiNorsal­ianayangme­netap di Taman Kobena, Senawang berkata dia bersama adik-beradiknya berasa terkejut dan gementar, selepas menerima surat untuk mengerjaka­n Rukun Islam kelima itu pada April lepas, namun mengakui teruja dengan segala persiapan sudah dilakukan sejak Aidlfitri lepas.

Jelasnya, dia pernah menolak tawaran untuk mengerjaka­n ibadah haji kali pertama pada 2020, namun disebabkan berfikiran masih muda ditambah COVID-19 melanda dunia ketika itu, Siti Norsaliana terpaksa menangguhk­annya.

“Saya berasa amat sedih ketika tahun tersebut, mungkin niat ketika itu tidak betul jadi saya pujuk hati dan pujuk suami...mungkin ini jalannya dan alhamdulil­lah rezeki datang pada tahun ini,” katanya.

Siti Norsaliana berkata mereka dijadualka­n berlepas ke Tanah Suci Mekah pada tengah hari semalam (Ahad) dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia