Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem amaran awal bencana geologi dipasang di Titi Hayun: JMG

-

YAN: Sistem amaran awal bagi mengesan bencana geologi khususnya aliran puing dikenali sebagai EWS telah dipasang di Pusat Peranginan Titi Hayun, di sini yang akan memberi amaran awal sekiranya berlaku fenomena kepala air di kawasan itu.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia Hisamuddin Termidi berkata, sistem yang beroperasi sejak Februari lepas itu merupakan yang pertama di negara ini dan akan menjadi projek rintis dalam menghadapi ancaman bencana seperti fenomena kepala air dan tanah runtuh.

“JMG dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyiapkan sistem amaran awal aliran puing di Titi Hayun, Gunung Jerai di sini dan ia telah pun diaktifkan dan beroperasi sejak Februari lepas.

Jika sistem ini berjaya kita akan pasang di tempat-tempat lain yang bersesuaia­n yang tentunya diharapkan oleh penduduk setempat yang bimbang kejadian aliran puing berlaku,” katanya selepas merasmikan program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) Jerai Geopark di Titi

Hayun, di sini kelmarin.

Hisamuddin berkata sistem tersebut merupakan teknologi termaju dari negara Jepun yang menggabung­kan pengesan deria getaran dan wayar bagi membolehka­n amaran bencana aliran puing dikesan lebih awal.

Menurutnya pengesan deria wayar akan mengesan aliran puing pada tahap-tahap tertentu, apabila getaran mengenai wayar tersebut sistem amaran awal akan diaktifkan dengan mengeluark­an bunyi siren yang boleh didengari penduduk sekitar sehingga satu kilometer.

“Jadi dalam keadaan ini, penduduk boleh persiapkan diri untuk buat tindakan evakuasi atau mengosongk­an tempat tersebut dan pergi ke tempat lebih selamat,” katanya lagi.

Beliau berkata JMG juga akan bekerjasam­a dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam menyelaras sistem amaran awam untuk kepentinga­n masyarakat setempat.

“Contohnya macam mana kita mahu satukan kepada amaran awam. Bukan sahaja penduduk sekitar tahu berlakunya bencana tetapi penduduk yang tinggal agak jauh. Sebab kita tak pasti kesan aliran puing ia sangat pantas, tak semestinya penduduk yang jauh tidak terkesan,” katanya.

Mengulas sama ada Gunung Jerai kini masih selamat untuk dikunjungi Hisamuddin berkata berdasarka­n hasil kajian pihaknya mendapati kawasan rekreasi berkenaan sudah boleh dibuka semula, namun perkara itu tertakhluk kepada Majlis Daerah Yan selaku pihak berkuasa tempatan untuk menentukan­nya.

“Kawasan ini diselia bawah Majlis Daerah Yan, jadi terpulang kepada mereka menentukan bila tarikh sesuai untuk dibuka kepada orang ramai, Kita hanya sekadar memberi nasihat dan hasil kajian sebagai panduan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUDAH BEROPERASI: Menara siren amaran awal bencana geologi aliran puing yang dipasang JMG merupakan yang pertama di Malaysia dan termaju dari negara Jepun telah beroperasi sejak Februari lepas bagi mengesan kejadian kepala air di Pusat Peranginan Titi Hayun di Yan.
— Gambar Bernama SUDAH BEROPERASI: Menara siren amaran awal bencana geologi aliran puing yang dipasang JMG merupakan yang pertama di Malaysia dan termaju dari negara Jepun telah beroperasi sejak Februari lepas bagi mengesan kejadian kepala air di Pusat Peranginan Titi Hayun di Yan.
 ?? — Gambar Bernama ?? BEGITU CANGGIH: Hisamuddin (tengah) menunjukka­n tiga komponen utama yang terdapat pada sistem amaran awal bencana geologi aliran puing pada majlis perasmian program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti di Pusat Peranginan Titi Hayun di Yan, kelmarin.
— Gambar Bernama BEGITU CANGGIH: Hisamuddin (tengah) menunjukka­n tiga komponen utama yang terdapat pada sistem amaran awal bencana geologi aliran puing pada majlis perasmian program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti di Pusat Peranginan Titi Hayun di Yan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia