Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga diingatkan beretika

Amal sikap bertolak ansur elak perselisih­an dengan pelanggan: Rosol

-

JOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid semalam mengingatk­an peniaga supaya sentiasa beretika dalam mengendali­kan pelanggan dan bertolak ansur bagi mengelak berlaku perselisih­an faham.

Beliau ketika mengulas mengenai video tular antara peniaga sebuah restoran dan pelanggan di Melaka barubaru ini berkata peniaga perlu mempunyai kesabaran dan kejadian seperti yang berlaku di dalam video itu tidak seharusnya berlaku.

Menurut Rosol, ini kerana etika dan adab yang baik dalam perniagaan menjadi cerminan budaya dan masyarakat negara ini selain hak pelanggan untuk mendapatka­n khidmat terbaik daripada peniaga.

“Sebagai peniaga perlu ada etika sebab bagi pelanggan… pelanggan adalah raja, apa sahaja yang dibuat pelanggan peniaga perlu bersabar,” katanya kepada pemberita selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Lotus Tebrau di sini semalam.

Rosol berkata, kejadian itu juga diharapkan bukan sahaja menjadi pengajaran kepada peniaga terbabit malah orang ramai.

“Kita tidak ada akta yang boleh kompaun (peniaga sekiranya pelanggan dilayan secara kasar) dan sebagainya.

“Cuma kita berharap semua orang kena banyak bersabar… dia (peniaga) mungkin mengalami tekanan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (sebelum ini) dengan keadaan harga barang dan masalah lain, (sebab itu) yang penting banyak bersabar,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 51 saat menerusi media sosial dipercayai dirakam seorang pelanggan di restoran itu yang memaparkan peniaga terbabit menggunaka­n perkataan kasar terhadapny­a.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka Ngwe Hee Sem mengunjung­i restoran itu dan menasihatk­an pemiliknya selain menekankan meskipun Melaka terkenal dengan lenggok bahasa yang agak kasar, ia tidak boleh dijadikan alasan sehingga mencalarka­n imej negeri itu.

Mengenaibe­kalanbaran­gan asas sempena Aidiladha, Rosol berkata orang ramai tidak perlu gusar kerana bekalan termasuk ayam dan daging

“Sebagai peniaga perlu ada etika sebab bagi pelanggan… pelanggan adalah raja, apa sahaja yang dibuat pelanggan peniaga perlu bersabar.

Datuk Rosol Wahid Timbalan Menteri PDNHEP

dijamin mencukupi bagi menampung permintaan.

“Maklumat yang kita terima daripada Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan, rakyat tidak perlu bimbang sama ada bekalan ayam atau daging, ia mencukupi pada Aidiladha nanti, itu tiada isu,” katanya.

Mengenai PJKM, beliau berkata setakat hari ini (semalam), program yang bermula sejak Disember lepas di 1,702 lokasi di seluruh negara itu telah merekodkan hasil jualan mencecah RM54 juta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Rosol (dua kanan) meninjau harga barang asas termasuk ayam di pusat beli-belah Lotus Tebrau, Johor Bahru sempena Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Rosol (dua kanan) meninjau harga barang asas termasuk ayam di pusat beli-belah Lotus Tebrau, Johor Bahru sempena Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia