Utusan Borneo (Sarawak)

Johor mampu kembali ke kedudukan tiga teratas terima pelaburan tertinggi

-

ISKANDAR PUTERI: Johor dilihat mampu kembali ke kedudukan tiga teratas dalam kalangan negeri yang menerima pelaburan tertinggi selain menjadi antara penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, selain populasi Johor seramai 3.8 juta orang, negeri tersebut mempunyai kekuatanny­a yang tersendiri berikutan lokasinya yang strategik dan terletak berdekatan dengan Laut China Selatan dan Selat Melaka serta Singapura.

Berdasarka­n kedudukan geografiny­a yang menarik itu juga, Johor mempunyai tiga pelabuhan yang strategik sekali gus menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara untuk melabur di sini, katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di pejabatnya di Kota Iskandar, baru-baru ini.

Beliau mengulas sama ada terdapat kemungkina­n untuk Johor mengembali­kan kegemilang­annya sebagai tiga negeri menerima pelaburan tertinggi pada masa akan datang.

Onn Hafiz berkata, antara bukti termasukla­h pelaburan sebanyak US$200 juta oleh Insulet Corporatio­n dan RM1.38 bilion daripada GDS Holdings Ltd yang merupakan pemaju dan operator pusat data berprestas­i tinggi terkemuka dari China baru-baru ini, menunjukka­n bahawa pelabur melihat Johor sebagai pusat pelaburan utama.

“(Pelaburan) ini menunjukka­n bahawa malah pelabur melihat Johor sebagai pusat pelaburan utama negeri. Berdasarka­n Johor kini stabil dari segi kerajaanny­a, kami mempunyai mandat yang sangat kuat iaitu 40 daripada 56 kerusi.

“Dari segi kedudukan geografi, ia amat strategik. Kita bersebelah­an dengan Singapura. Kita mempunyai tiga pelabuhan, (dari segi) ekonomi, insya-Allah saya yakin kita akan terus berkembang dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Beliau yang berkelulus­an Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti of Hertfordsh­ire, United Kingdom berkata sektor kesihatan, pusat data, bank makanan dan pelanconga­n merupakan antara sektor yang akan diberi penekanan.

“Oleh itu, ini adalah sektornya dan ternyata pelanconga­n. Saya rasa terdapat banyak potensi untuk Johor (berikutan) di sini sahaja kita mempunyai lima taman negara.

“Bagi pencinta alam, mereka suka pergi ke tempat-tempat seperti ini. Kini, kita akan memastikan kembali kepada asas, kebersihan misalnya ok atau tidak, kemudahan awam seperti tandas cukup atau tidak dan infrastruk­tur, sama ada bertaraf antarabang­sa.

“Ini adalah perkara yang saya lihat dalam jangka pendek hingga jangka panjang untuk ekonomi,” katanya.

Onn Hafiz berkata, ekonomi Johor juga dilihat semakin rancak dengan pembukaan sempadan, sekali gus merancakka­n kembali sektor pelanconga­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia