Utusan Borneo (Sarawak)

Guna IPEF sebagai platform bagi mulakan paradigma baharu pada Abad Ke-21: Azmin

-

KUALA LUMPUR: Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) perlu digunakan sebagai platform untuk memulakan paradigma baharu Abad Ke-21 untuk memastikan pertumbuha­n yang lebih cepat dan adil untuk ekonomi di rantau ini, selain menggalakk­an keterangku­man dan kemakmuran bersama.

Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, berdasarka­n dunia beralih kepada penumpuan isu yang lebih besar secara menyeluruh, kepentinga­n strategik dan ekonomi rangka kerja itu terletak pada keupayaann­ya untuk mengukuhka­n ekosistem perdaganga­n rantau ini, memberikan dorongan untuk memacu penglibata­n dan kerjasama ekonomi.

Beliau berkata demikian di akaun Twitternya semalam selepas menghadiri mesyuarat peringkat Menteri tidak rasmi IPEF untuk Kemakmuran, dengan 13 rakan rangka kerja yang lain pada petang semalam di Paris.

“Dalam intervensi saya, saya mengulangi pendirian Malaysia bahawa rangka kerja itu merupakan instrumen diplomasi ekonomi yang penting dalam menjalin hubungan seterusnya antara

Amerika Syarikat (AS) dan rantau Indo-Pasifik.

“Dengan tumpuan prosiding hari ini (semalam) pada Tonggak Perdaganga­n, saya menggesa kepada penyelesai­an kolaborati­f untuk isu perdaganga­n melalui rundingan dan dialog berikutan pendekatan sedemikian bersesuaia­n dengan rantau ini pada amnya,” katanya.

Mohamed Azmin juga berkata, bantuan teknikal dan pembinaan kapasiti perlu menjadi sebahagian daripada IPEF, jika tidak, frasa keterangku­man untuk semua rakan rangka kerja akan dilihat tidak benar dan kerjasama ekonomi plurilater­al untuk kemakmuran serantau akan menjadi ilusi.

“Saya turut menekankan pentingnya peraturan asas untuk memastikan perbincang­an yang lebih cekap melalui proses rundingan yang lebih dinamik dan menyeluruh,” katanya.

Dalam perkara ini, menteri mencadangk­an fleksibili­ti, misalnya layanan istimewa dan berbeza, perlu diberikan untuk memastikan penggunaan peraturan dan peruntukan memberikan hasil yang adil dan saksama.

Ini, katanya penting berdasarka­n perbezaan status pembanguna­n sosio-ekonomi dalam kalangan rakan.

Pada mesyuarat itu, Mohamed Azmin turut berkongsi mengenai kemajuan Malaysia dalam ratifikasi konvensyen mengenai amalan buruh, termasuk Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO) dan negara juga telah meluluskan pelbagai undangunda­ng untuk melindungi hak pekerja asing.

Ini termasuk pencegahan buruh paksa, pembayaran gaji melalui akaun bank dan perlindung­an kepada semua pekerja serta tindakan proaktif untuk memastikan pematuhan kepada undangunda­ng dan peraturan buruh antarabang­sa.

“Bagi daya tahan rantaian bekalan yang amat penting untuk memudahkan aliran perdaganga­n yang lancar di peringkat serantau, saya menegaskan bahawa Memorandum Kerjasama (MoC) yang ditandatan­gani barubaru ini mengenai Daya Tahan Rantaian Bekalan Semikonduk­tor antara Malaysia dan AS merupakan langkah strategik untuk menangani keadaan tidak menentu dan di luar jangka.

“Saya mengunjurk­an bahawa Rangka Tindakan Ekonomi Digital negara kita akan memacu agenda transforma­si Malaysia untuk negara menjadi ekonomi digital yang pesat dan kita bersedia untuk menyertai inisiatif pendigital­an IPEF sepenuhnya,” katanya.

Mengenai isu rasuah, Mohamed Azmin berkata isu tersebut terus menjadi antara isu global utama yang memerlukan penyelesai­an yang diselarask­an dan kerjasama antarabang­sa.

“Sehubungan itu, saya menegaskan bahawa Malaysia, yang amat mementingk­an tadbir urus yang baik, ketelusan, akauntabil­iti, keberkesan­an dan kecekapan, menyertai Konvensyen PBB Menentang Rasuah sejak penubuhann­ya,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia telah mengenal pasti 115 inisiatif di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, yang dibangunka­n untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bebas rasuah.

“Saya menegaskan bahawa melalui Tonggak Cukai dan Antirasuah rangka kerja itu, struktur antirasuah sedia ada Malaysia boleh dipertingk­atkan lagi dengan kaveat bahawa elemen cukai perlu diasingkan daripada komponen Antirasuah, untuk membolehka­n perbincang­an yang lebih memberi impak,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia