Utusan Borneo (Sarawak)

Antiperkau­man: Kyrgios dakwa diejek penonton

-

STUTTGART: Pemain kontrovers­i dari Australia, Nick Kyrgios mendakwa dia menjadi mangsa ejekan perkauman dari sekumpulan penonton ketika tewas kepada Andy Murray pada perlawanan peringkat separuh akhir di sini pada Sabtu.

Kyrgios menerima penalti potong satu mata dan kemudian satu lagi denda ekoran tingkah laku tidak bersemanga­t kesukanan pada awal set kedua apabila menghempas raket sebelum berbalah dengan sekumpulan penonton.

Pemain berusia 27 tahun, yang berketurun­an Greece, berkata bahawa dia menjadi mangsa perkauman.

“Bila semua ini akan berhenti? Berdepan dengan ejekan perkauman dari penonton?” tulis Kyrgios di akaun rasmi Instagram.

“Saya faham bahawa sikap saya juga tidak bagus tetapi ada komen perkauman tidak dapat diterima.

“Apabila saya membalas, saya mendapat denda. Semua ini tidak betul.” Selepas pegawai kejohanan dipanggil, Kyrgios hanya diselubung­i emosi dalam gelanggang ketika Murray mengawal rentak untuk menang 76(7/5) dan 6-2 dalam masa 93 minit.

Dengan kemenangan itu, Murray akan beraksi di final yang ke-70 dalam kariernya dan yang pertama sejak di Antwerp pada 2019 apabila menentang Matteo Berrenttin­i.

“Anda menjangkak­an sesuatu berlaku kepadanya, jadi saya tidak terkejut apabila ia berlaku,” kata Murray ketika merujuk lawannya.

“Ia set mengecewak­an untuknya apabila tewas dan dia merosakkan raketnya. Dia juga berbalah dengan umpire dan sesuatu berlaku dengan penonton selepas itu.

“Tetapi saya tidak begitu mendengar apa yang berlaku selepas set pertama.”

Murray menambah: “Set kedua tidak lagi menggembir­akan, ia tidak kompetetif.

“Ia bukan perlawanan sebenar. Dia mula hilang fokus kerana berasa kecewa. Set pertama sangat sukar dan pada akhir set pertama, ia adalah sesuatu yang sangat penting.”

Berrettini melangkah ke final keempat dalam kariernya apabila menewaskan pemain dari Jerman, Oscar Otte 76(9/7) dan 7-6(7/5).

Naib juara di Wimbledon tahun lepas itu beraksi buat kali pertama sejak bulan Mac selepas menjalani pembedahan di bahagian tangan.

Berrettini akan memburu kejuaraan pertama sejak di Queen’s di London pada Jun tahun lepas.

Pemain ranking ke-10 dunia itu memperbaik­i rekod di permukaan rumput kepada 27-6 dan mengekalka­n rekod sempurna 8-0 di Stuttgart selepas memenangi edisi pada 2019 di Weissenhof Club.

“Ia benar-benar sukar tetapi saya sangat gembira dengan keputusan ini,” kata Berrettini. “Saya bermain untuk saat seperti ini.”

“Sejak remaja, banyak perlawanan saya adalah sengit. Saya sudah biasa dengan saingan seperti ini – saya menyukainy­a apabila tekanannya tinggi.

“Saya menjalani pembedahan beberapa bulan yang lalu dan sekarang saya kembali ke final. Ia satu perasaan yang lebih hebat tetapi semuanya masih belum berakhir.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia