Utusan Borneo (Sarawak)

Sabalenka, Alexandrov­a rebut tahkta kejohanan WTA ‘s-Hertogenbo­sch

-

‘S-HERTOGENBO­SCH: Dilarang dari menyertai kejohanan Wimbledon pada tahun ini, Aryna Sabalenka dari Belarus dan Ekaterina Alexandrov­a dari Rusia, akan bertemu di final kejohanan WTA ‘s-Hertogenbo­sch selepas masing-masing memenangi perlawanan separuh akhir mereka pada Sabtu.

Sabalenka, pemain ranking keenam dunia, menewaskan pemain dari Amerika Syarikat (AS), Shelby Rogers 7-6(8/6) dan 6-0 sementara Alexandrov­a menewaskan rakan senegarany­a, Veronika Kudermetov­a 6-3 dan 6-1.

“Ia satu perasaan yang hebat untuk melangkah ke final,” kata Alexandrov­a.

“Saya tidak menjangka untuk ke final dalam beberapa perlawanan pertama kerana saya tidak dapat menyesuaik­an diri dengan permulaan dan segala-galanya tidak menjadi sebelum ini tetapi saya gembira kerana saya berjaya mencari rentak saya di sini,” tambahnya.

Di final, kedua-dua pemain akan bertemu untuk kali kelima.

Sabalenka, 24 dan Alexandrov­a, 27, digantung dari menyertai kejohanan Grand Slam ekoran penceroboh­an oleh Rusia ke atas Ukraine.

Kejohanan Wimbledon akan bermula pada 27 Jun.

Sementara itu, pilihan pertama bahagian lelaki, Daniil Medvedev, juga digantung dari Wimbledon, melangkah ke final selepas menewaskan Adrian Mannarino dari Perancis 7-5 dan 7-5.

Medvedev, yang akan menggantik­an Novak Djokovic sebagai pemain nombor satu dunia untuk kali kedua tahun ini, akan bertemu pemain wildcard, Tim van Rijthoven di final.

Van Rijthoven, pemain ranking ke-205 dunia dari Belanda, mengejutka­n pilihan kedua kejohanan dari Kanada, Felix Auger-Aliassime 6-3, 1-6 dan 7-6(7/5) di separuh akhir.

“Kali terakhir saya melihatnya ialah di peringkat remaja,” kata Medvedev ketika bercakap tentang lawannya di final itu.

“Mungkin kami bertemu sesama sendiri ketika berusia 18 tahun dan dia sentiasa bermain dengan baik di permukaan rumput, jadi saya tidak terkejut.

“Ini satu permukaan di mana kadang-kadang kita mempunyai rentak. Dia pemain yang hebat, jadi saya bersedia untuk saingan sengit esok (final).” — AFP

 ?? ?? ALEXANDROV­A
ALEXANDROV­A
 ?? ?? SABALENKA
SABALENKA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia