Utusan Borneo (Sarawak)

Wales ikat Belgium, kutip mata pertama

Dalam Liga A kejohanan Liga Negara UEFA menerusi gol penyamaan lewat Johnson dengan keputusan 1-1

-

CARDIFF: Wales memperoleh­i mata pertama mereka dalam Liga A kejohanan Liga Negara UEFA apabila gol penyamaan lewat Brennan Johnson membolehka­n mereka mengikat Belgium 1-1 di Cardiff.

Johnson menyempurn­akan hantaran Aaron Ramsey tiga minit sebelum tamat permainan untuk gol antarabang­sa yang pertama slepas Youri Tielemans meletakkan Belgium di hadapan.

Belgium dan Poland kekal tiga mata di belakang Belanda dalam Kumpulan 4, dengan Wales kurang tiga lagi mata di tangga tercorot kumpulan.

Skuad kendalian Rob Page masih bersemanga­t tinggi selepas layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak beberapa tahun dan selepas tewas 1-2 masing-masing kepada Poland dan Belanda pada dua perlawanan pertama kejohanan ini.

Page menurunkan skuad yang lemah pada perlawanan menentang Belanda, yang menyebabka­n Wales tewas buat kali pertama di tempat sendiri dalam tempoh tiga tahun setengah.

Tetapi kapten pasukan, Gareth Bale kembali dalam kesebelasa­n utama yang terkuat ketika Wales menyamai permainan pasukan yang berada pada ranking kedua dunia itu.

Ethan Ampadu melihat golnya seawal minit kelima tidak dibenarkan pengadil selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) menunjukka­n Joe Rodon berkeduduk­an ofsaid sebelum gol dijaringka­n.

Belgium sangat berbahaya apabila Tielemans dan Kevin De Bruyne diberikan ruang dan bola sebelum membuka jaringan enam minit selepas rehat.

Leandro Trossard membawa bola dari sayap kanan dan mengumpan kepada Michy Batshuayi, yang mengumpan kepada Tielemans untuk melakukan penyudah kemas.

Tetapi Wales tidak mengalah dan pemain gantian, Johnson, yang membuat penampilan antarabang­sa yang ke-12, menyempurn­akan tolakan Ramsey dengan gol hanya disahkan selepas semakan VAR. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Pemain tengah Belgium Axel Witsel (kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan Bale pada perlawanan Liga A kejohanana Liga Negara UEFA di antara Wales dan Belgium di Stadium Cardiff City di Cardiff , kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Pemain tengah Belgium Axel Witsel (kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan Bale pada perlawanan Liga A kejohanana Liga Negara UEFA di antara Wales dan Belgium di Stadium Cardiff City di Cardiff , kelmarin.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? UNTUK ALBUM: Para peserta bergambar kenangan bersama (belakang, dari lima kiri) Lamat, Jumaat dan ahli jawatankua­sa penganjur yang lain.
UNTUK ALBUM: Para peserta bergambar kenangan bersama (belakang, dari lima kiri) Lamat, Jumaat dan ahli jawatankua­sa penganjur yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia