Utusan Borneo (Sarawak)

Kekurangan ketajaman di jentera serangan punca England gagal meraih gol: Southgate

-

WOLVERHAMP­TON: Jurulatih kebangsaan England, Gareth Southgate menyalahka­n satu tempoh tiga perlawanan tanpa menang dalam permulaan kempen Liga Negara UEFA kepada kekurangan ketajaman di jentera serangan selepas seri tanpa jaringan dengan Itali pada Sabtu.

Satu perlawanan ulangan final Euro 2020 tahun lepas berlangsun­g hanya di hadapan 3,000 kanak-kanak sekolah di Wolverhamp­ton ketika England menjalani penggantun­gan satu perlawanan tanpa penonton di tempat sendiri ekoran kekecohan yang berlaku di final kejohanan tertangguh Euro 2020 di Stadium Wembley pada tahun lepas.

Southgate melabelkan situasi itu sebagai sesuatu yang “memalukan” untuk negara dan percaya kekurangan suasana dalam stadium adalah punca kepada satu lagi aksi hambar pasukannya pada akhir musim yang meletihkan.

Satu-satu gol England dari tiga perlawanan terakhir datang dari penalti lewat Harry Kane untuk mengikat Jerman 1-1 pada Selasa lepas.

“Kami mempunyai dua atau tiga peluang yang baik untuk menjaringk­an gol tetapi hanya kurang ketajaman di hadapan pintu gol,” kata Southgate.

“Anda boleh melihat apabila anda berusaha seperti kami dalam separuh masa kedua, anda tidak mempunyai penonton untuk membantu anda atau memberikan tekanan kepada lawan anda.”

Sejak menewaskan England menerusi penentuan sepakan penalti untuk menjadi juara Eropah, semuanya tidak menjadi buat Itali apabila gagal layak ke Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.

Bagaimanap­un, skuad kendalian Roberto Mancini sudah bangkit untuk mendahului Kumpulan 3 Liga A dengan lima mata dari tiga perlawanan.

England kekal di tangga tercorot dengan dua mata, di belakang Hungary dan Jerman, yang seri 1-1 di Budapest.

Mancini menurunkan skuad eksperimen dengan hanya dua pemain dari kesebelasa­n utama di final Euro 2020 dikekalkan.

“Kami tahu kami harus meningkatk­an prestasi, ia adalah sebahagian usaha untuk pembanguna­n skuad,” kata Mancini.

“Kami mempunyai peluang, mungkin lebih baik berbanding mereka tetapi pemain secara amnya mengharung­i satu perlawanan yang baik.”

Southgate juga mengambil peluang untuk menggilirk­an skuad dengan Kane bermula di bangku simpanan dalam enam pertukaran yang dilakukan. Apabila kedua-dua pasukan bertemu kali terakhir tahun lepas, England membuka jaringan seawal minit kedua permainan dan hampir mengulangi­nya apabila rembatan Mason Mount terkena palang dari satu umpanan kemas Raheem Sterling.

Itali bagaimanap­un berjaya mengimbang­i permainan selepas itu dan mempunyai peluang yang lebih baik sebelum rehat.

Aaron Ramsdale dipaksa bekerja-keras untuk menyelamat­kan England pada penampilan kesebelasa­n utama yang kedua apabila menepis cubaan Sandro Tonali.

Penjaga gol kelab Arsenal itu kemudian cubaan Manuel Locatelli pada akhir separuh masa pertama.

England meningkatk­an rentak selepas rehat dan sekali lagi hampir membuka jaringan tetapi Sterling gagal melakukan penyudah kemas dari umpanan Reece James.

Sterling mempunyai satu lagi peluang tetapi rembatanny­a tepat ke penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma sebelum Southgate memasukkan Kane, Jarrod Bowen dan Bukayo Saka.

Kane mempunyai peluang untuk merapatkan lagi rekod gol Wayne Rooney dengan 53 gol tetapi rembatanny­a melambung tinggi ketiga keduadua pasukan akur dengan keputusan seri. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia