Utusan Borneo (Sarawak)

Depay gagal sempurna penalti, Belanda terikat 2-2 menentang Poland

-

ROTTERDAM: Memphis Depay gagal menyempurn­akan penalti minit akhir ketika Belanda seri 2-2 dengan Poland dalam aksi Liga Negara UEFA pada Sabtu, pada perlawanan di mana Belanda ketinggala­n 0-2 pada satu ketika.

Matty Cash dihukum apabila bola terkena tangannya dalam kotak penalti pada minit ke-90 namun Depay melihat rembatanny­a melambung tinggi.

Belanda memulakan perlawanan di Rotterdam dengan rekod bersih kemenangan selepas menewaskan Belgium 4-1 dan memerlukan gol lewat untuk menewaskan Wales 2-1.

Poland menewaskan Wales 2-1 tetapi dibelasah 1-6 oleh Belgium pada perlawanan kedua.

Selepas menangani asakan awal, Poland membuka jaringan pada minit ke-18.

Nicola Zalewski melakukan umpanan kemas kepada Cash untuk menewaskan penjaga gol Belanda, Mark Flekken.

Lima minit selepas rehat, Poland mendahului 2-0 apabila Krzysztof Piatek melorong bola kepada Przemyslaw Frankowski untuk melepasi perangkap ofsaid Belanda sebelum dia mengumpan kepada Piotr Zielinski untuk melakukan penyudah, walaupun gol itu memerlukan pengesahan video bantuan pengadil (VAR).

Belanda bagaimana bangkit bergaya dengan menjaringk­an dua gol dalam tempoh tiga minit dengan Davy Klaassen menjaringk­an gol pertama sebelum Denzel Dumfries mengikat kedudukan dari umpanan Depay.

Selepas Depay gagal menjaringk­an penalti yang boleh memberikan tiga mata penuh buat Belanda, dia mempunyai satu lagi peluang tetapi penjaga gol Poland, Lukasz Skorupski beraksi tangkas menepis bola keluar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia