Utusan Borneo (Sarawak)

50 peserta meriahkan kejohanan muaythai mini

-

KUCHING: Kir-kira 50 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan mini acara muaythai sempena program Active@Martial Arts 2022 Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Sting Muaythai Gym kelmarin.

Kejohanan ini mempertand­ingkan kategori perlawanan amatur dan wai kru (persembaha­n) remaja lelaki dan perempuan melibatkan beberapa peringkat umur.

Berakhir saingan, Mohd Nur Raikal Ismail muncul johan kategori 51-54 kilogram (kg) remaja lelaki selepas menewaskan Mohd Syasya Irfan Ismail manakala Zul Hizam Zulhisham di tempat ketiga.

Bagi kategori perempuan 45-48kg, johan menjadi milik

Nur Atiqah Musfirah Baharom, tempat kedua dirangkul Nur Iklil Zarifah Mohd Affandi dan Ain Arissya Zulkeplie di tempat ketiga.

Hani Arissa Ismail pula mengunggul­i kategori 3035kg perempuan selepas menewaskan Qurratul Najwa Mohd Zaini sementara Nurtasihah Jahari di tempat ketiga.

Dalam kategori Wai Kru Wanita, johan dimenangi Nur Arifah Mahsunah Baharom, tempat kedua Nurtasihah Jahari dan Nur Atigah Musfirah Baharom di tempat ketiga.

Juara kategori Wai Kru Lelaki pula dirangkul Shafiq Rushidi, tempat kedua milik Mohd Hasbullah Mood dan Mohd Hairol Salmi di tempat ketiga.

Perasmian Active@Martial Arts 2022 telah diadakan di Arena Boling Padang Sarawak, Petra Jaya yang disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu bagi mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Manakala penutupan telah disempurna­kan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Lamat Nyalau di venue sama pada sebelah petang.

Hadir sama Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) Jumaat Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia