Utusan Borneo (Sarawak)

Akan dinaik taraf kepada jalan raya berkembar dua hala dengan melibatkan kos hampir RM100 juta

-

Pengangkut­an II Dato Henry Harry Jinep berkata, projek itu terdiri daripada dua fasa.

Katanya, fasa pertama melibatkan jalan dari Sibuluh ke pekan Bau dan fasa kedua dari Bau ke Batu Kitang.

“Tender bagi fasa pertama membabitka­n 5.1 kilometer akan dilaksanak­an dalam masa terdekat iaitu Ogos ini.

“Kita tidak mahu Bau tertinggal. Oleh itu kita mahu Bau ditambah baik jaringan jalan raya dari Pan Borneo, Kuching, Lundu dan ke Bau.

“Itulah sebabnya kita perlukan jalan raya berkembar dua hala untuk menampung pertambaha­n kenderaan dan pengguna jalan raya,” katanya.

Pada majlis sama, Abang Johari turut melancarka­n projek Pusat Kebudayaan Bidayuh yang sedang dibina menggunaka­n dana RM8 juta daripada kerajaan negeri.

Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru berkata projek itu telah lama diusahakan oleh masyarakat Bidayuh Bau yang diterajui Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Bau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia