Long Bemang masih dilanda banjir
MARUDI: Rumah panjang 100 pintu Long Bemang di Zon Apoh masih dilanda banjir sejak malam 9 Jun lalu akibat hujan lebat tanpa henti.
Utusan Borneo yang menghubungi Persatuan Bomba Sukarelawan Long Bemang diberitahu bahawa setakat jam 8.13 pagi semalam paras air banjir telah mencecah ketinggian 2.4 kaki dan trend air dijangka menaik.
Selain itu, cuaca mendung yang masih melitupi kawasan berkenaan memungkinkan hujan berterusan dan paras air semakin naik.
Bagaimanapun, penghuni yang dianggarkan seramai 523 orang masih belum dipindahkan.
Namun demkian penduduk sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan berpindah ke tingkat atas rumah panjang dua tingkat itu dan bekalan elektrik ke rumah panjang berkenaan sudahpun ditutup sepenuhnya keselamatan penduduk.