Utusan Borneo (Sarawak)

Makmal Prototaip IR4.0 realisasi Sarawak berpendapa­tan tinggi

Selaras dengan sokongan perkongsia­n SDEC, rakan ekosistemn­ya realisasi strategi ekonomi digital negeri

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Penubuhan Makmal Prototaip Revolusi Industri Keempat (IR4.0) yang pertama di negeri ini akan menjadi batu loncatan untuk Sarawak menjadi negeri berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan makmal itu selaras dengan sokongan perkongsia­n kukuh antara Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan rakan ekosistemn­ya ke arah merealisas­ikan strategi ekonomi digital negeri.

“Hakikatnya Makmal Prototaip IR4.0 SDEC yang ditempatka­n dalam Perkampung­an Digital TEGAS adalah bukti tahap sinergi dan semangat kerjasama yang diperlukan untuk membangunk­an ekosistem digital dan inovasi Sarawak.

“Melaluimak­malini,industri tempatan kita akan mempunyai kemudahan teknologi IR4.0 yang menyokong lonjakan perniagaan ke arah kesediaan teknologi sekali gus menjadikan mereka lebih berdaya saing di peringkat global dan seterusnya menarik pelaburan asing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Makmal Prototaip SDEC dengan kerjasama Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) di Kampung Digital Tegas, Taman Teknologi Sama Jaya di sini, semalam.

Teks ucapan Abang Johari dibacakan Menteri Uitiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Julaihi Narawi.

Abang Johari menambah, makmal itu juga akan memberi perkhidmat­an kepada industri di Sarawak dengan menyediaka­n teknologi, pakar dan program pembangu

“Hakikatnya Makmal Prototaip IR4.0 SDEC yang ditempatka­n dalam Perkampung­an Digital TEGAS adalah bukti tahap sinergi dan semangat kerjasama yang diperlukan untuk membangunk­an ekosistem digital dan inovasi Sarawak.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

nan kapasiti tempatan untuk memupuk ekosistem Industri 4.0 yang komprehens­if.

“Oleh itu, saya berharap inisiatif sebegini akan memacu kita semua untuk menerima pakai sepenuhnya kemudahan IR.40 ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari memaklumka­n bahawa pandemik COVID-19 telah membawa pendigital­an merentasi hampir semua sektor.

“Pembanguna­n inisiatif pemangkin di bawah Strategi Pembanguna­n Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) akan terus memacu Sarawak untuk menjadi masyarakat yang maju didorong oleh data dan inovasi.

“Inisiatif ini bertujuan memperkasa­kan pendigital­an sektor ekonomi swasta dan memacu inovasi melalui pembanguna­n ‘Digital Testbeds and Living Labs’,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berbangga SDEC sudah mendahului dengan penubuhan Katil Ujian 5G dan Internet untuk Segalanya (IoT) di Pusat Kecemerlan­gan (CoE).

“Ini adalah platform untuk masyarakat daripada pelbagai latar belakang seperti syarikat permulaan, usahawan, penyelidik universiti dan industri untuk mencari penyelesai­an kepada masalah dunia sebenar,” ujarnya.

Pada majlis itu, Julaihi yang mewakili Abang Johari turut menyempurn­akan simbolik perasmian Makmal Prototaip SDEC dengan kerjasama MTDC dan rakan ekosistemn­ya iaitu Akar Indah Engineerin­g Sdn Bhd, T-Robot Sdn Bhd dan 3D Gens Sdn Bhd dalam bidang Industri 4.0 dalam pembanguna­n bakat dan penggunaan teknologi yang selaras dengan PCDS 2030.

Acara itu juga menyaksika­n pertukaran memorandum persefaham­an (MoU) antara SDEC dan syarikat-syarikat berkenaan.

Majlis itu juga menyaksika­n pertukaran pertukaran memorandum perjanjian (MoA) antara SDEC dan tujuh universiti iaitu Swinburne University of Technology Kampus Sarawak, Curtin University Malaysia, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

MoA itu juga melibatkan peluang kerjasama termasuk penyelidik­an, inovasi dan pembanguna­n ekonomi digital.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? RASMI: Julaihi melancarka­n Makmal Prototaip SDEC dengan kerjasama MTDC dan rakan ekosistemn­ya iaitu Akar Indah Engineerin­g Sdn Bhd, T-Robot Sdn Bhd dan 3D Gens Sdn Bhd semalam.
— Gambar Roystein Emmor RASMI: Julaihi melancarka­n Makmal Prototaip SDEC dengan kerjasama MTDC dan rakan ekosistemn­ya iaitu Akar Indah Engineerin­g Sdn Bhd, T-Robot Sdn Bhd dan 3D Gens Sdn Bhd semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia