Utusan Borneo (Sarawak)

BAKAT Markas 9 Briged mengadakan mesyuarat di Sibu

-

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Briged Kesembilan Infantri Malaysia Tahun 2022 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Markas 9 Briged di sini, kelmarin.

Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Panglima 9 Briged Brigadier Jeneral Mohd Shauari Mat Piah.

Dalam ucapan perasmiann­ya, beliau menyeru agar semua Pegawai Memerintah dan Pemerintah memberi perhatian kepada aspek pelaksanaa­n dan pengurusan BAKAT pasukan masing-masing. Penekanan perkara tersebut tegasnya, kerana BAKAT merupakan sebahagian daripada ‘command function’ Pegawai Memerintah dan Pemerintah.

Shauari turut mengutarak­an isu tanggungja­wab, hubungan baik, kesederhan­aan dan persaudara­an serta kekeluarga­an.

Pada mesyuarat tersebut, selain menyemak Minit Mesyuarat Tahun 2021 dan membincang­kan perkara-perkara berbangkit, Pengerusi BAKAT 9 Briged Profesor Madya Dr Fatimah Wati Halim turut mengambil kesempatan mengucapka­n terima kasih serta menghargai segala komitmen yang diberikan oleh semua ahli BAKAT dalam menjaga kebajikan dan kesejahter­aan keluarga di samping mempunyai kesepakata­n yang tinggi dalam memacu BAKAT 9 Briged untuk terus cemerlang.

Turut hadir Ketua Staf Markas 9 Briged Leftenan Kolonel Anuar Ahmad.

Pelaksanaa­n acara seperti ini adalah selari dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD yang ke-28 iaitu ‘Pelestaria­n Kesejahter­aan Warga’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia