Utusan Borneo (Sarawak)

SFC komited tanam semula spesies pokok asal di kawasan TPA

-

Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) komited sepenuhnya memastikan 8,000 hektar Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA) yang telah melalui proses penebangan hutan ditanam semula dengan spesies pokok asal dalam tempoh 10 tahun (2020 hingga 2030).

Timbalan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, sejak 2020 SFC telah memulakanp­rojekpenan­aman semula dan mengenal pasti 12 TPA tersenarai dalam projek tersebut antaranya Taman Rizab Semula Jadi Samajaya, Santuari Hidupan Liar Samunsam, Taman Rizab Semula Jadi Tun Ahmad Zaidi Adruce, Taman Negara Similajau dan Taman Negara Gunung Apeng.

“Dengan menanam spesies pokok asal dalam proses penanaman semula ini, ia akan membantu memulihkan kawasan yang sudah dinyahhuta­n menjadi seperti asalnya.

“Pokok asal ini akan bertindak sebagai ‘jambatan’ menghubung­kan kawasan semula jadi kerana ia menjadi koridor hidupan liar, pada masa yang sama membolehka­n pengembang­an hutan asli di luar TPA,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara SFC dan Sarawak Energy Berhad (SEB) sempena Pelancaran Program Pemulihan Habitat, Perlindung­an, Penanaman Pokok Bersepadu 10 Tahun Sarawak Energy di Taman Rizab Semula Jadi Samajaya di sini, semalam.

Majlis itu disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengenai MoU itu, Len Talif berkata ia membolehka­n RM10 juta disuntik untuk projek tersebut bagi menanam kira-kira 100,000 pokok di TPA di negeri ini.

“Dana ini adalah untuk perolehan bahan tanaman dan medium tanaman bagi rawatan tanah, penyediaan tapak, penanaman di lapangan, penyelengg­araan loji dan gaji masyarakat setempat yang terlibat dalam projek ini untuk tiga tahun pertama,” jelasnya.

Len Talif yang juga ahli lembaga SFC, berkata SFC menghargai usaha SEB dalam merealisas­ikan program penanaman pokok selama 10 tahun, perlindung­an dan pemulihan habitat, dengan SEB berhasrat untuk menanam dan melindungi 500,000 pokok di seluruh Sarawak menjelang 2030.

Sementara itu Pengerusi SEB Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi berkata SEB menyasar menanam dan melindungi 50,000 pokok di loji-loji kuasa, tapak-tapak projek milik syarikat itu, TPA dan pusat-pusat bandar menerusi kerjasama dengan pelbagai pemegang taruh.

“SEB bercita-cita menanam dan melindungi 500,000 pokok dari 2021 hingga 2030, menyumbang kepada sasaran Malaysia 100 juta pokok ditanam menjelang 2025, yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12 dan Kempen Menghijauk­an Sarawak dengan menyasarka­n 35 juta pokok ditanam menjelang 2025.

“Sarawak Energy telah bekerjasam­a dengan pelbagai pemegang taruh bagi projek menanam pokok dan program memulihkan habitat pada skala lebih kecil. Kita telah menanam lebih kurang 4,000 pokok setakat ini,” katanya.

Mengulas mengenai MoU itu Abdul Hamed berkata ia membolehka­n SEB dan SFC bekerjasam­a menanam dan melindungi pokok serta melakukan projek-projek penyelidik­an berkaitan biodiversi­ti di semua aset, fasiliti, lokasi dan kawasan projeknya di negeri ini.

Beliau menambah, hakikatnya Sarawak Energy tidak hanya bekerjasam­a dengan SFC tetapi Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar , institusi pengajian tinggi dan pihak berkuasa tempatan.

“Lebih penting, dalam semangat keterangku­man, staf kita serta komuniti setempat terlibat sama dalam programpro­gram ini.

“Ini akan dilakukan melalui inisiatif penanaman kami di kawasan tadahan kuasa hidro.

“Kami memperkaya­kan kawasan ini dengan lebih banyak pokok sambil melindungi spesies sedia ada dan perkhidmat­an ekologi yang berkaitan,” katanya.

Hadir sama Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Telekomuni­kasi) Datuk Liwan Lagang.

 ?? — Gambar Penerangan ?? TERMETERAI: Abang Johari (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy Datu Sarbini Suhaili (tiga kiri) dan dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton.
— Gambar Penerangan TERMETERAI: Abang Johari (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy Datu Sarbini Suhaili (tiga kiri) dan dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia