Utusan Borneo (Sarawak)

Pagar baharu untuk tingkatkan keselamata­n di SMK Lutong: Ting

-

Kerajaan negeri menerusi agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri akan membina pagar baharu di SMK Lutong.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting berkata, projek dilaksana menggunaka­n dana Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) berjumlah RM100,000 yang telah diluluskan.

Menurut Ting, tumpuan adalah kepada kawasan yang belum dipasang pagar bertujuan meningkatk­an keselamata­n di sekolah tersebut.

Ting yang ditemani kakitangan JKR Miri, Kaunselor Leslie Lau dan Penghulu Leonard Fong telah bertemu dengan Pengetua Mohd Effendi Panglima di sekolah terbabit semalam.

Mereka turut diterangka­n tentang pembanguna­n dan kejayaan sekolah.

Effendi turut mencadangk­an agar pagar asrama dinaik taraf bagi menggantik­an pagar lama yang sudah rosak.

Keperluan lain ialah tempat menunggu beratap di depan sekolah sebagai kemudahan pelajar dan berlindung daripada cuaca panas dan hujan.

Sekolah tersebut memiliki lebih 2,400 pelajar dan 147 guru.

Ting yang juga ADUN Piasau turut menyampaik­an geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Cek disampaika­n kepada Yang Dipertua PIBG Kok Yip Cheong.

 ?? ?? PERLU DINAIK TARAF: Ting (kanan) diiringi Effendi (dua kanan) ketika melihat keadaan pagar asrama SMK Lutong yang sudah rosak.
PERLU DINAIK TARAF: Ting (kanan) diiringi Effendi (dua kanan) ketika melihat keadaan pagar asrama SMK Lutong yang sudah rosak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia