Utusan Borneo (Sarawak)

Pemaju perumahan digesa berkolabor­atif dengan kerajaan bina rumah mampu milik

-

Pemaju perumahan swasta di Sarawak digesa berkolabor­atif dengan Kementeria­n Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang berkata, mereka boleh mendaftar dengan kementeria­n dan menyertai Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) bagi menawarkan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat.

“Kita menerima maklum balas positif daripada pemaju perumahan dari seluruh Sarawak dengan Sri Pertiwi Samariang Avenue salah satu daripada yang diluluskan kementeria­n bagi HDAS.

“Kementeria­n telah meluluskan 37 pembeli rumah Sri Pertiwi Samariang Avenue untuk menerima HDAS bernilai sehingga RM10,000,” katanya pada sidang media selepas menyerahka­n surat kelulusan kepada tujuh pembeli rumah yang menerima manfaat daripada HDAS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Kata Tiang lagi, mereka yang layak bagi HDAS iaitu kumpulan B40 dan M40 serta pembeli rumah pertama ditawarkan dengan unit kediaman dengan harga maksimum RM295,000.

“Bantuan bernilai sehingga RM10,000 akan meringanka­n beban kewangan dan akses yang lebih baik kepada pembeli rumah pertama untuk menjadikan impian mereka menjadi nyata,” katanya.

Sementara itu Pengarah Urusan pemaju Sri Pertiwi Samariang Avenue, Hornbill Networks Consortium Hanizam Hashim berkata pihaknya telah menerima 60 permohonan bagi HDAS.

Tambahnya, daripada jumlah itu hanya 37 permohonan telah diluluskan oleh kementeria­n.

Kerja pembinaan bagi Sri Pertiwi Samariang Avenue katanya dijangka siap sepenuhnya pada Oktober tahun depan.

HDAS diuruskan oleh Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd, syarikat milik sepenuhnya Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia