Utusan Borneo (Sarawak)

Kimgres mengadakan jualan besar-besaran dengan potongan harga sehingga 70 peratus

-

Kimgres Marketing Sdn Bhd (Kimgres) mengadakan jualan besarbesar­an bermula 16 Jun hingga 16 Julai depan, dengan potongan harga sehingga 70 peratus untuk produk jubin di kilangnya di Batu 4 1/2, Jalan Kung Phin di sini.

Promosi tersebut menurut Pengurus Jualan Kimgres Sdn Bhd James Chua, dijalankan sempena Jualan Pertengaha­n Tahun yang dijual pada harga kilang.

Terdapat pelbagai reka bentuk jubin untuk dipilih, daripada corak ringkas dan sederhana, minimalis hingga cetakan eksotik yang bergaya serta kemasan glos atau matte.

Pelanggan juga boleh memilih jubin dari saiz 150mmX150m­m seh- ingga saiz paling besar 800mmX800m­m. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih jubin seramik atau porselin untuk kediaman mereka. Pembayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit, kad debit, Boost serta SarawakPay dan tiada penghantar­an disediakan.

Kimgres merupakan satusatuny­a pengeluar jubin di Malaysia Timur.

Ditubuhkan pada 1973, Kimgres Tiles telah membuktika­n kejayaanny­a dengan menjadi salah satu pengeluar jubin seramik dan porselin terbesar di Malaysia.

Kimgres buka pada setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi jualan itu, orang ramai boleh menghubung­i Kimgres Marketing Sdn Bhd di talian 082-451567 atau melayari laman web di www.kimgres. com atau Facebook dan Instagram Kimgres.

 ?? ?? MENARIK: Antara pilihan jubin-jubin menarik yang terdapat di Kimgres.
MENARIK: Antara pilihan jubin-jubin menarik yang terdapat di Kimgres.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia