Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran Jejak Pendakian Bung Sadung di Kampung Bunga pada 28 Ogos

-

Cabaran Jejak Pendakian Bung Sadung di Kampung Bunga, Serian bakal diadakan pada 28 Ogos tahun ini dan terbuka kepada semua yang berminat.

Menurut kenyataan pihak penganjur kelmarin, kirakira 500 peserta dijangka menyertai acara berkenaan.

Gunung Sadung, kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Kuching dianggap sebagai tanah rizab untuk suku kaum Bidayuh Bukar yang mendiami 26 kampung di sekitar kawasan gunung berkenaan.

Gunung ini mempunyai tapak penempatan warisan tanah nenek moyang bagi suku kaum Bidayuh Bukar sejak zaman pemerintah­an Brooke.

Pihak penganjur, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Bunga juga telah menyediaka­n pelbagai hadiah bernilai RM15,000 untuk dimenangi para peserta yang bertuah.

Ia dijalankan dengan kerjasama Pejabat Residen Serian, Pejabat Daerah Serian, Majlis Daerah Serian dan Sukan dan Kelab Rekreasi Kawasan Tarat (KESUTAR).

Tahun ini enam kategori dipertandi­ngkan dengan bayaran yuran 10KM Lelaki Terbuka (RM100), 10KM Wanita Terbuka (RM100), 6KM Lelaki Veteran untuk umur 45 tahun ke atas (RM80), 6KM Veteran Wanita 45 tahun ke atas (RM80), Remaja Lelaki 6KM untuk umur 12 hingga 17 tahun (RM50), 6KM Girl’s Junior untuk umur 12 hingga 17 tahun (RM50).

Kategori hadiah untuk 10KM Lelaki dan Wanita Terbuka bagi tempat pertama akan membawa pulang RM1,000 dan trofi, tempat kedua (RM700 dan trofi), tempat ketiga (RM500 dan trofi) serta tempat keempat sehingga ke-10- RM200 masing-masing.

Bagi kategori 6KM Lelaki dan Wanita Veteran, tempat pertama RM700 dan trofi, tempat kedua (RM500 dan trofi), tempat ketiga (RM300 dan trofi) dan tempat keempat sehingga ke-10 (RM150 masing-masing).

Sementara itu bagi kategori 6KM Lelaki dan Perempuan Junior, tempat pertama (RM500 dan trofi), tempat kedua (RM300 dan trofi), tempat ketiga (RM200 dan trofi) serta tempat keempat hingga ke-10 (RM100 masing-masing).

Pingat penamat juga akan diberikan selepas tamat pendakian.

Pendakian itu antara lain bertujuan menggalakk­an gaya hidup sihat dan aktif serta memupuk sikap proaktif dan menjaga alam sekitar.

Ia juga bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di kawasan itu dan merancakka­n pengembara­an dan pelanconga­n alam semula jadi.

Pendaftara­n kini dibuka dan boleh dilakukan melalui laman Facebook Bung Sadung, Serian Sarawak atau dengan mengklik pautan pendaftara­n ini: https://bit. ly/BungSadung­Climbathon

Tarikh tutup pendaftara­n adalah pada 30 Jun 2022.

Pendakian itu antara lain bertujuan menggalakk­an gaya hidup sihat dan aktif serta memupuk sikap proaktif dan menjaga alam sekitar.

Ia juga bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di kawasan itu dan merancakka­n pengembara­an dan pelanconga­n alam semula jadi.

Pendaftara­n dalam talian kini dibuka menerusi laman Facebook atau dengan mengklik pautan pendaftara­n di: https://bit.ly/BungSadung­Climbathon

Tarikh tutup pendaftara­n adalah pada 30 Jun 2022.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 019-837 9695 (Dizon), 018-980 4098 (Albert), 013-570 0758 (Timothy), 011-3384 2419 (Rajak) atau 082-874154 (Majlis Daerah Serian).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia