Utusan Borneo (Sarawak)

Masuk Malaysia tanpa pas sah, lelaki Indonesia dipenjara empat bulan

-

Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah masuk ke Malaysia tanpa pas yang sah.

Hakim Maris Agan menetapkan hukuman penjara bagi Edwin Nugraha, 26, dikuatkuas­akan bermula kelmarin.

Lelaki yang berasal dari Sungai Raya Pontianak, Indonesia, itu didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama.

Sabit kesalahan, boleh membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 23 Mei lalu, di sebuah rumah di Taman Sentiasa, Jalan Rock, di sini, sekitar jam 7.40 malam.

Berdasarka­n keterangan kes, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bersama pakar judi melakukan serbuan Ops

Dadu di alamat berkenaan pada hari kejadian.

Pasukan serbuan menangkap tertuduh dan pemeriksaa­n lanjut ke atas set komputer yang dipercayai digunakan tertuduh juga mendapati tertuduh terlibat dengan kegiatan perjudian dalam talian.

Hail siasatan juga mendapati tertuduh masuk ke Sarawak tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah dan berada di sini sehinggala­h ditangkap polis pada 23 Mei lalu.

Semakan di Jabatan Imigresen Malaysia turut mendapati tiada maklumat pergerakan keluar atau masuk melibatkan tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Md Syafique Md Hilmie.

Dalam pada itu difahamkan, sebelum ini tertuduh dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau tiga bulan penjara di Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian, juga dilakukann­ya pada hari dan waktu yang sama.

Bagaimanap­un, tidak dapat dipastikan sama ada tertuduh membayar denda tersebut.

 ?? ?? KE PENJARA: Tertuduh keluar dari kamar mahkamah selesai dijatuhi hukuman.
KE PENJARA: Tertuduh keluar dari kamar mahkamah selesai dijatuhi hukuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia