Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan

-

Seorang penunggang motosikal ditemui maut di tepi jalan di Jalan Tulai, dekat sini, kelmarin.

Mayat mangsa, Jackson Ajek, 29, dari Kanowit ditemui berhampira­n motosikal yang ditunggang­nya.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi berkata, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 10.40 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati kes ini telah melibatkan kemalangan dengan sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 35 tahun yang sedang dalam perjalanan dari arah Bintangor menuju ke Sibu.

“Berdasarka­n laporan awal, pemandu kereta terbabit berasa satu hentakan ketika melalui jalan tersebut.

“Dalam jarak 450 meter dari lokasi kejadian, pemandu berkenaan telah menghentik­an kenderaan yang dipandunya kerana menyedari asap berkepul dari bahagian hadapan enjin keretanya,” kata Sekam dalam kenyataan media di sini, semalam.

Menyedari kenderaann­ya telah mengalami kerosakan kata Sekam, pemandu terbabit terus menghubung­i penarik kereta untuk membawa kenderaann­ya ke Sibu tanpa menyedari telah berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan yang dipandunya.

“Mayat mangsa telah ditemui orang awam yang melalui lokasi tersebut yang terus bertindak melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.

“Berikutan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan selanjutny­a dan kejadian ini disiasat dan diklasifik­asikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” jelas Sekam.

 ?? ?? KEMALANGAN: Seorang penunggang motosikal ditemui maut di tepi jalan di Jalan Tulai, Bintangor kelmarin.
KEMALANGAN: Seorang penunggang motosikal ditemui maut di tepi jalan di Jalan Tulai, Bintangor kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia