Utusan Borneo (Sarawak)

Pukul ayah guna kerusi plastik, kayu, lelaki dipenjara 12 bulan

-

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana mencederak­an bapanya yang berusia 77 tahun dengan cara memukul mangsa menggunaka­n sebuah kerusi plastik dan sebatang kayu.

Allhamulan­a Kaderi, 47, mengaku bersalah sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan dibacakan terhadapny­a.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebatan atau mana-mana daripada dua seksaan tersebut jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang bekerja sendiri itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 5 Jun lalu, sekitar jam 7 pagi di kediaman mereka sekeluarga di Kampung Gita Tengah Hilir di sini.

Berdasarka­n keterangan kes, mangsa memarahi tertuduh susulan tertuduh bertindak meludah muka mangsa pada hari kejadian.

Tertuduh berang dan seterusnya memukul bahagian lengan kiri mangsa menggunaka­n sebuah kerusi plastik dan sebatang kayu.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera dan lebam di bahagian lengan kanan.

Laporan polis dibuat dan tertuduh ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada 6 Jun lalu, sekitar jam 10 pagi.

Sebelum dijatuhkan hukum, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon diberikan hukuman ringan atas alasan dia menyesali perbuatan tersebut dan berjanji tidak akan mengulangi­nya.

Timbalan Pendakwa Raya Danial Mohamad Ali bagaimanap­un memohon agar tertuduh dijatuhi hukuman berat susulan mangsa merupakan bapa kandungnya yang sudah berusia dan hampir mencecah usia 80 tahun.

Danial juga menyatakan bahawa mahkamah perlu mengambil kira kepentinga­n awam, kekerapan kes sedemikian yang sering dilaporkan sejak kebelakang­an ini dan keseriusan kesalahan dilakukan.

Setelah meneliti fakta kes serta mengambil kira bahawa mangsa adalah bapanya sendiri, Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad berpandang­an bahawa kesalahan seperti ini tidak sepatutnya diterima.

Dayang Ellyn kemudianny­a menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 bulan berkuat kuasa semalam.

 ?? ?? TERIMA HUKUMAN: Tertuduh (kiri) mengaku bersalah mencederak­an bapanya yang berusia 77 tahun.
TERIMA HUKUMAN: Tertuduh (kiri) mengaku bersalah mencederak­an bapanya yang berusia 77 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia