Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 267 kes baharu, 1 kematian di Sarawak minggu epid ke-23

-

Sarawak merekodkan peningkata­n jumlah kes baharu COVID-19 iaitu 267 kes sepanjang minggu epidemik (epid) ke-23, berbanding 175 kes pada minggu epid ke-22.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberitah­u, pertambaha­n jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 306,992 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 260 merupakan kategori klinikal satu dan dua manakala tujuh kes kategori tiga, empat dan lima.

Jelasnya, Kuching merekodkan jumlah tertinggi kes iaitu 96 kes diikuti Miri (32), Bintulu dan Lawas masingmasi­ng (26), Samarahan (13) dan Serian (11).

“Selain itu, sembilan kes dicatat di Limbang, Bau (8), Sri Aman dan Kapit (5), Meradong, Selangau, Mukah dan Betong (4), Saratok dan Lubok Antu (3) manakala Lawas, Tatau, Sarikei dan Tebedu (2).

“Sementara Dalat, Kabong, Beluru, Telang Usan, Song dan Julau melaporkan satu kes manakala daerah lain sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah JPBNS, sepanjang minggu epid ke-23 terdapat satu kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia