Utusan Borneo (Sarawak)

Lebarkan lorong di kawasan perumahan sebelum dijadikan laluan alternatif trafik

-

Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) diminta mempertimb­ang untuk melebarkan lorong di kawasan perumahan sebelum dijadikan sebagai laluan alternatif trafik.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen berkata demikian dalam kenyataann­ya semalam selepas melakukan lawatan ke projek pembinaan jambatan di Skim Penempatan Semula Stutong di sini.

“Jambatan itu turut menghubung­kan Sungai Tapang dan Samarahan.

“Dana untuk projek itu pada mulanya telah diluluskan ketika pemerintah­an Pakatan Harapan (PH) tetapi pelaksanaa­n projek telah ditangguhk­an sehingga tahun lepas,” katanya.

Bagi projek pembinaan berkenaan, JKR telah menutup Lorong 28 Skim Penempatan Semula Stutong dan menetapkan Lorong 24 sebagai jalan masuk alternatif selama dua tahun, iaitu anggaran masa untuk menyiapkan projek jambatan berkenaan.

Bagaimanap­un, pihaknya menerima aduan daripada penduduk sekitar Lorong 24 hingga 28 Skim Penempatan Semula Stutong bahawa laluan di Lorong 24 itu terlalu sempit.

“Memandangk­an ia kini merupakan jalan masuk utama yang telah ditetapkan, maka ia menjadi aliran laluan bagi lori-lori besar dan lori simen di sepanjang Lorong 24.

“Ini bukan sahaja menyusahka­n penduduk berhampira­n malah mendatangk­an bahaya kepada mereka,” tambahnya.

Beliau semalam telah ditemani pembantuny­a, Michael

Kong untuk melihat secara dekat permasalah­an yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut.

Kami menggesa JKR dan MBKS mengambil tindakan segera dan bekerjasam­a untuk menyelesai­kan isu tersebut, tegasnya.

“Sebagai dasar am, JKR dan MBKS harus memastikan jalan masuk ganti bagi manamana projek pembinaan kerajaan mestilah cukup luas dan langkah-langkah keselamata­n dilaksanak­an, lebih-lebih lagi jika jalan masuk yang ditetapkan adalah di taman perumahan,” ulasnya.

 ?? ?? TINJAU: Kelihatan Chong (kiri) dan Michael (kanan) meninjau tapak lokasi pembinaan projek jambatan berkenaan.
TINJAU: Kelihatan Chong (kiri) dan Michael (kanan) meninjau tapak lokasi pembinaan projek jambatan berkenaan.
 ?? ?? BERAKHIRNY­A GAWAI: Catherine (empat kiri) berserta ahli JKKK yang lain ketika menyempurn­akan upacara ngiling bidai di Sungai Aup di Sibu Sabtu lalu.
BERAKHIRNY­A GAWAI: Catherine (empat kiri) berserta ahli JKKK yang lain ketika menyempurn­akan upacara ngiling bidai di Sungai Aup di Sibu Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia