Utusan Borneo (Sarawak)

Ngiling Bidai di Rumah Catherine Tamoh berlangsun­g meriah

-

Penutupan Hari Gawai atau Ngiling Bidai di Rumah Catherine Tamoh di Sungai Aup di sini pada Sabtu lalu berlangsun­g dengan meriah setelah dua tahun tidak diraikan ekoran pandemik COVID-19.

Menurut Tuai Rumah Catherine, perayaan Gawai kali ini amat meriah dengan kepulangan penduduk yang bekerja di luar Sibu.

Katanya Ngiling Bidai merupakan salah satu adat masyarakat Iban bagi menandakan berakhirny­a perayaan Gawai pada tahun ini dan juga merupakan aktiviti tahunan yang dikelolaka­n

Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Catherine Tamoh.

“Saya amat bersyukur dengan adanya kerjasama seluruh penduduk rumah panjang yang menjayakan program Ngiling Bidai pada kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program tersebut di rumah panjangnya di Sungai Aup.

Ujarnya lagi, kerjasama antara penduduk kampung adalah tonggak bagi memastikan sesuatu program atau perancanga­n bagi kemajuan kampung dilaksana dengan jayanya.

Catherine turut menekankan pendudukny­a agar mengutamak­an kemajuan dari segi pendidikan dan ekonomi anak-anak Sungai Aup.

Selain ngiling bidai, pelbagai lagi aktiviti telah diadakan, antaranya, pentas hiburan bersama penyanyi Iban terkenal Rickie Andrewson dan Angela Lata Jua.

Cabutan bertuah dan ‘ngetas ranyai’ turut diadakan bagi memeriahka­n lagi suasana bersama penduduk kampung.

Acara kemuncak adalah upacara ngiling bidai yang diketuai Catherine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia