Utusan Borneo (Sarawak)

Ceroboh landasan lapangan terbang, lelaki didenda RM2,000

-

Padah menceroboh masuk ke kawasan landasan kapal terbang, seorang lelaki didenda RM2,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Azeze Abdullah, 30, dari Kampung Pengkalan, Lutong di sini, telah didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut keterangan kes, sekitar jam 2.59 petang, 3 Jun lalu, seorang pegawai keselamata­n yang sedang bertugas di dalam bilik kamera litar tertutup (CCTV) mengesan seseorang sedang berada di dalam kawasan ‘apron’ tanpa memakai ves lapangan terbang dan tidak mempunyai kebenaran untuk ke kawasan terssebut.

Pegawai keselamata­n terbabitbe­rsamaseora­ngrakantel­ah pergi ke lokasi dan mendapati seorang lelaki telah ditahan oleh kakitangan MASwings kerana menceroboh masuk ke kawasan ‘apron’.

Pengadu mendapati tertuduh adalah orang yang sama dilihatnya dalam rakaman CCTV.

Hasil siasatan lanjut polis mendedahka­n tertuduh telah masuk ke kawasan itu dengan memanjat pintu pagar.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu agar hukuman ke atasnya diringanka­n memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia