Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki salah guna dadah dipenjara dan didenda

-

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh jatuh hukuman iaitu semalam.

Selain itu, mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan oleh pihak polis selama tempoh dua tahun.

Raymond Serit Ambau, 46, dari Taman Sung Seng, Morsjaya di sini, telah didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan serta-merta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaiman­a ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu masing-masing pada jam 10.05 pagi, 7 Januari 2020 dan pada jam 9 malam, 5 Disember 2021 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam bulan berkuat kuasa semalam manakala bagi kesalahan kedua tertuduh didenda RM2,000 atau lima bulan penjara.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia