Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 300 penduduk terima pemeriksaa­n kesihatan percuma

-

Lebih 300 Penduduk yang terdiri daripada beberapa kampung di daerah ini menyertai Program Kem Perubatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kawiyan, di sini baru-baru ini.

Antara panduduk yang hadir adalah daripada Kampung Kawiyan, Manikulau, Kilanas, Patau, Paka, Giring dan kawasan berhampira­n.

Program ini adalah inisiatif Hospital dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Ranau dalam memberi peluang kepada penduduk terutamany­a di kawasan pendalaman untuk menerima rawatan secara percuma.

Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Ranau merangkap Pengerusi Jawatankua­sa ALPH, Benedict Gunda berkata, program ini julung kali diadakan dan telah mendapat sambutan yang luar biasa.

Katanya, program tersebut memberi tumpuan kepada mereka yang mempunyai masalah dari segi kesihatan diri dan belum pernah mendapat rawatan disebabkan pelbagai kekangan ke Hospital.

“Pihak Hospital telah membuka kaunter pemeriksaa­n supaya penduduk dapat mengetahui tahap kesihatan mereka untuk rawatan susulan sekiranya memerlukan.

“Selain itu, turut diadakan ceramah kesihatan, pemeriksaa­n gigi, payudara, gunting rambut, pemberian ubat cacing dan sumbangan pakaian terpakai,” katanya.

Turut hadir memberikan sokongan terhadap program ini adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

 ?? ?? PALU GONG: Hendrus (tiga kiri) melakukan paluan gong sebanyak tujuh kali tanda rasminya program itu.
PALU GONG: Hendrus (tiga kiri) melakukan paluan gong sebanyak tujuh kali tanda rasminya program itu.
 ?? ?? HADIR: Benedict (kiri) bersama Jonathan (empat kanan) hadir ke program Kem Perubatan tersebut.
HADIR: Benedict (kiri) bersama Jonathan (empat kanan) hadir ke program Kem Perubatan tersebut.
 ?? ?? TAHAN: Antara warga asing ditahan dalam operasi tersebut.
TAHAN: Antara warga asing ditahan dalam operasi tersebut.
 ?? ?? PERIKSA: Pasukan serbuan melakukan pemeriksaa­n terhadap pelanggan dan pekerja pusat hiburan berkenaan.
PERIKSA: Pasukan serbuan melakukan pemeriksaa­n terhadap pelanggan dan pekerja pusat hiburan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia