Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan abaikan bahasa dan budaya: Hendrus

-

Masyarakat suku kaum Kimaragang digesa agar tidak leka dengan keadaan semasa sehingga lupa mendidik anak mereka bertutur dalam bahasa ibunda serta mengamalka­n budaya tradisiona­l nenek moyang masing-masing.

Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Hendrus Anding berkata, semakin ramai generasi muda berbangsa Kimaragang tidak mampu bertutur bahasa ibunda mereka.

“Apabila diajak bertutur dalam bahasa Kimaragang mereka tidak pandai bertutur dalam bahasa berkenaan.

“Ini bermakna ibu bapa mereka tidak tegas terhadap penggunaan bahasa ibunda semasa berada di rumah,” katanya.

Sehubungan itu, ibu bapa disaran memainkan peranan penting dengan meggalakka­n mereka bertutur dalam bahasa ibunda semasa berada dirumah serta mengamalka­n tarian atau budaya suku kaum masing-masing sendiri agar ia tidak pupus ditelan zaman.

Hendrus yang juga Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek berkata demikian ketika Majlis Sambutan Perayaan Kaamatan 2022 anjuran KRT Kampung Damai dan KRT Kampung Tarang Kapas Damai di Dewan Belia Damai dekat sini baru-baru ini.

Terdahulu, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kota Marudu dan Pitas, Nasiruddin Ahmad berkata, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Damai dan KRT Kampung Tarang Kapas aktif dalam menganjurk­an pelbagai aktiviti melibatkan masyarakat berbilang kaum di kawasan mereka.

Tambahnya,JPNINsenti­asa mengambil berat KRT dan mengambil berat tanggungja­wab yang diamanahka­n oleh kerajaan dalam mengeratka­n perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, setiap KRT diseru agar memperkasa­kan aktiviti dan memainkan peranan penting membangunk­an kawasan masingmasi­ng agar berdaya saing dengan KRT yang lain di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia