Utusan Borneo (Sarawak)

400kg sampah berjaya dikutip di Pantai Tanjung Batu, Bintulu

- Sumbangan UPMKB

BERSEMPENA dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun 2022, satu program kesedaran alam sekitar telah dilaksanak­an secara kerjasama oleh lima entiti di Bintulu iaitu Petronas Dagangan Berhad, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Cawangan Bintulu, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan NGO Trash Hero Bintulu di pantai Tanjung Batu, Bintulu pada 21 Mei lalu.

Ketua Cawangan JAS Cawangan Bintulu Abdul Mazli Hafiz Abdul Malik dalam taklimat kesedaran alam sekitar beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada pihak Petronas Dagangan Berhad sebagai sektor industri yang beroperasi di Bintulu kerana telah bekerjasam­a untuk penganjura­n program kali ini dan menyatakan adalah menjadi tanggungja­wab semua pihak untuk bersama-sama menjaga alam sekitar supaya terus terpelihar­a untuk generasi akan datang.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB iaitu Profesor Madya Dr Geoffery James Gerusu turut menyatakan program ini sebagai satu platform kerjasama antara agensi kerajaan, IPTA dan sektor industri untuk mengekalka­n kebersihan kawasan rekreasi awam seperti di pantai Tanjung Batu ini dengan harapan program seumpamany­a dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Program yang dinamakan sebagai Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH) ini diadakan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2022 yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Petronas Dagangan Berhad sebagai salah satu program Corporate Social Responsibi­lity (CSR) mereka kepada masyarakat khususnya di Bintulu.

Objektif program ini diadakan ialah untuk meningkatk­an kesedaran awam mengenai kepentinga­n penjagaan alam sekitar dan membersihk­an kawasan denai sungai kebangsaan di samping mempromosi­kan budaya Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH) dalam komuniti setempat.

Pengisian program tersebut adalah taklimat alam sekitar, kuiz alam sekitar dan aktiviti gotong-royong mengutip sampah di sepanjang pantai di mana hasil kutipan telah berjaya mengumpulk­an sampah sarap seberat 400 kilogram (kg) yang kebanyakan­nya adalah botol plastik minuman dan polisterin bekas makanan.

Peserta-peserta program turut mendapat kesedaran bahawa bahan plastik tidak boleh dilupuskan dan membawa kesan buruk terhadap persekitar­an.

Usaha ini juga akan mempromosi­kan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan orang awam khususnya penduduk sekitar Bintulu, Sarawak.

Melalui kesedaran terhadap kepentinga­n menjaga kebersihan pantai, semangat cinta akan alam sekitar bakal dipupuk dalam kalangan peserta selain memupuk semangat kerjasama dan harmoni.

Menariknya, program ini menerima sambutan sangat baik iaitu dengan penyertaan seramai 70 peserta yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, kakitangan Petronas PDB, wakil IPTA, ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) dan juga NGO alam sekitar yang telah terlibat bagi menjayakan program kesedaran alam sekitar ini.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia