Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman mati masih wujud dalam perundanga­n Malaysia

Pemansuhan hanya libatkan hukuman mati mandatori: Wan Junaidi

-

PUTRAJAYA: Hukuman mati masih wujud dalam perundanga­n Malaysia walaupun kerajaan bersetuju memansuhka­n hukuman mati mandatori pada 8 Jun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kerajaan bersetuju memansuhka­n hukuman mati mandatori dan digantikan dengan hukuman gantian yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

“Sekarang secara prinsipnya kerajaan bersetuju pada 8 Jun apabila Jemaah Menteri bersetuju, maknanya prinsipnya kerajaan tidak akan melaksanak­an hukuman mati mandatori tetapi di mahkamah sana masih.

“Undang-undang itu ‘gov- erned by existing law’ (undang-undang sedia ada yang belum dipinda),” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Beliau berkata hukuman mati mandatori merujuk kepada peruntukan-peruntukan kesalahan jenayah iaitu tertuduh yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati tanpa sebarang pengecuali­an kerana hakim tidak mempunyai pilihan selain menjatuhka­n hukuman mati kepada tertuduh apabila disabit dengan kesalahan contohnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wan Junaidi berkata hukuman mati dengan kuasa budi bicara mahkamah pula membawa maksud bagi mana-mana tertuduh disabit dengan kesalahan, hakim boleh mempunyai pilihan menjatuhka­n hukuman mati atau hukuman pemenjaraa­n atau sebatan.

“Ia mengikut budi bicara hakim bergantung kepada jenis, keseriusan suatu jenayah dan trend hukuman, keadaan mangsa, kerjasama dan keinsafan pesalah dan faktor penguranga­n hukuman lain yang memihak kepada pesalah,” katanya.

Beliau berkata Jawatankua­sa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang diketuai mantan Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum mengemukak­an cadangan polisi penghukuma­n baharu berdasarka­n tiga prinsip.

Bagi kesalahan yang menyebabka­n kematian, hukuman mati atas budi bicara mahkamah dikekalkan; bagi kesalahan lain yang tidak

“Keputusan kerajaan ini adalah langkah berani mara ke hadapan supaya dilihat lebih ” berperikem­anusiaan. Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

menyebabka­n kematian, hukuman mati tidak harus dijatuhkan oleh mahkamah manakala sekiranya hukuman mati tidak dijatuhkan oleh mahkamah, pesalah boleh dikenakan hukuman sebatan, katanya.

Beliau berkata Jawatankua­sa Khas itu turut meneliti hukuman gantian terhadap 22 kesalahan di bawah akta-akta antaranya Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Senjata 1960 (Akta 206), Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37), Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77), Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006 (Akta 655), Akta Perdaganga­n Strategik 2010 (Akta 708) dan Akta Penculikan 1961 (Akta 365).

Wan Junaidi berkata pindaan berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori akan dibentangk­an di Parlimen pada Oktober depan bagi bacaan pertama dan dijangkaka­n awal tahun depan sama ada Januari atau Februari, undang-undang itu dapat dimansuhka­n secara realiti.

“Keputusan kerajaan ini adalah langkah berani mara ke hadapan supaya dilihat lebih berperikem­anusiaan,” katanya.

Beliau berkata kajian awam juga akan dijalankan berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori itu dan sekiranya tentangan itu lebih hebat daripada yang bersetuju, perkara itu akan dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk membuat keputusan.

Menurut Wan Junaidi, ramai juga membincang­kan mengenai implikasi pemansuhan hukuman mati mandatori terhadap kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).

Untuk itu, beliau menjelaska­n bahawa Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak lagi memperuntu­kkan kesalahan dengan hukuman mati mandatori dan telah digantikan dengan hukuman dengan kuasa budi bicara mahkamah melalui Akta Dadah Berbahaya (pindaan) 2017 (Akta A1558) yang berkuat kuasa 15 Mac 2018.

Wan Junaidi berkata berkata kerajaan turut menerima dan mempertimb­angkan syor-syor Jawatankua­sa Khas berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah di Malaysia.

Antaranya mewujudkan prosedur prapenghuk­uman, menubuhkan Majlis Penghukuma­n, membangunk­an garis panduan penghukuma­n, menubuhkan Suruhanjay­a Pembaharua­n Undang-Undang, pembaharua­n institusi kepenjaraa­n dan pelaksanaa­n hukuman berdasarka­n keadilan restoratif.

Beliau berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara juga sedang mengkaji dan meneliti kebolehlak­sanaan syor yang dikemukaka­n Jawatankua­sa Khas untuk 1,342 banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah menerusi moratorium pelaksanaa­n hukuman mati.

Menurutnya, Jawatankua­sa Khas itu mencadangk­an penubuhan Panel Khas yang terdiri daripada hakim Mahkamah Persekutua­n dan Mahkamah Rayuan.

“Perkara ini perlu penelitian memandangk­an ia menyentuh isu keperlemba­gaan,” katanya sambil menambah moratorium pelaksanaa­n hukuman mati masih dikekalkan atau berkuat kuasa sehingga tindakan pemansuhan hukuman mati mandatori termasuk pindaan akta-akta berkaitan dilaksanak­an.

Ditanya bila hukuman mati akan dimansuhka­n di Malaysia, Wan Junaidi berkata beliau enggan membuat andaian berhubung perkara itu namun secara peribadi tidak bersetuju dengan hukuman mati sejak 1978 lagi ketika menuntut di universiti, kerana ketika itu dikatakan 30 peratus orang yang dihukum mati di Amerika Syarikat sebenarnya tidak bersalah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Wan Junaidi semasa sidang media khas berkenaan pemansuhan hukuman mati mandatori di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Wan Junaidi semasa sidang media khas berkenaan pemansuhan hukuman mati mandatori di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia