Utusan Borneo (Sarawak)

ANGKASA sasar wujudkan 100 koperasi yang menjalanka­n penternaka­n ayam

-

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyasarka­n untuk mewujudkan 100 koperasi yang menjalanka­n penternaka­n ayam di negara ini.

Presidenny­a Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata pihaknya berharap sekurang-kurangnya 100 reban dapat didirikan dengan setiap satunya mampu menampung kapasiti 50,000 ekor ayam sekali gus menyumbang pengeluara­n kirakira 30 juta ekor setahun.

Beliau berkata usaha itu dapat meningkatk­an keterlibat­an gerakan koperasi dalam bidang agromakana­n dan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat sektor itu menyumbang RM100 bilion kepada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) pada 2030.

“Kita ada tujuh juta ahli koperasi seluruh negara. Daripada segi pemasaran, kita akan sediakan sekurangku­rangnya 3,000 outlet di bawah kedai JiMAT SHOP ANGKASA dan kita telah kenal pasti 6,000 masjid yang boleh jadi outlet.

“Pada kita, soal tempat hendak jual itu tidak ada isu, itu yang memberi kita keyakinan bahawa usaha ini dapat dilaksanak­an dengan sempurna,” katanya pada sidang media selepas menyaksika­n pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an antara ANGKASA Koperasi Negeri Johor dan syarikat Mars Global Sdn Bhd di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Angkasa Negeri Johor Sazali Abd Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Mars Global Sdn Bhd Mohd Norulhizam Mohd Ramli.

Abdul Fattah berkata usaha bagi mewujudkan koperasi itu boleh dilaksanak­an menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat pembekal ayam seperti Mars Global Sdn Bhd di Johor menerusi ladang kontrak.

Beliau berkata bagaimanap­un sokongan daripada kerajaan negeri amat diperlukan terutama dalam membantu menyediaka­n kawasan atau ladang.

“Kita kena berunding dengan kerajaan negeri untuk mendapatka­n kawasan ladang di mana (contohnya bagi mendirikan) empat reban, ia memerlukan tujuh hingga 10 ekar (dua hingga empat hektar) tanah. Kalau ia boleh dibuat, insya-Allah koperasi boleh menyegerak­an usaha ini dan koperasi bersedia,” katanya.

Beliau berkata peruntukan kerajaan sebanyak RM500 juta bagi tabung agromakana­n yang ditawarkan kepada pengusaha yang terlibat dalam bidang itu sekali gus dapat membantu merealisas­ikan usaha tersebut.

“Jadi saya amat berharap koperasi dapat menggunaka­n ruang dan peluang ini serta memohon pihak kerajaan dapat menyalurka­n peruntukan ini kepada gerakan koperasi, melihatkan manfaatnya yang akan memberi impak kepada masyarakat dan juga ekonomi negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Abdul Fattah (kanan) dan Pengerusi Mars Global Sdn Bhd (Mars Global) Abdul Hadi Abdullah (dua, kiri) ketika melawat tempat kerja memproses ayam segar selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara ANGKASA, Koperasi Negeri Johor dengan Mars Global di Kilang Memproses Ayam dan Pembekalan Ayam Segar dan Daging Sejuk Beku Mars Global, semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Abdul Fattah (kanan) dan Pengerusi Mars Global Sdn Bhd (Mars Global) Abdul Hadi Abdullah (dua, kiri) ketika melawat tempat kerja memproses ayam segar selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara ANGKASA, Koperasi Negeri Johor dengan Mars Global di Kilang Memproses Ayam dan Pembekalan Ayam Segar dan Daging Sejuk Beku Mars Global, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia