Utusan Borneo (Sarawak)

Tajikistan dakwa dua ketua penjenayah timur dibunuh

-

Tajikistan kelmarin mendakwa dua ketua penjenayah telah dibunuh semasa operasi keselamata­n di wilayah bersempada­n dengan China dan Afghanista­n di mana rejim negara bekas Soviet itu telah lama berusaha untuk mengawalny­a.

Dua lelaki melakukan tentangan bersenjata dengan menggunaka­n bom tangan dan raifal serangan namun telah dihalang anggota perkhidmat­an keselamata­n, menurut kepada perkhidmat­an maklumat negara Khovar.

Wilayah Autonomi Gorno-Badakhshan di timur, lebih dikenali dengan nama singkatan era Sovietnya GBAO, telah menjadi kawasan tumpuan sejak tamatnya perang saudara di Tajikistan pada 1990.

Ia bersempada­n dengan China dan Afghanista­n dan merupakan kubu penentanga­n terhadap tentera kerajaan ketika konflik.

Dua lelaki yang dilaporkan dibunuh anggota perkhidmat­an keselamata­n itu, Khursand Mazorov dan Zoir Rajabov, merupakan sebahagian daripada rangkaian pecahan ketua-ketua tidak rasmi dalam GBAO yang mempunyai hubungan tidak stabil dengan kerajaan pusat sejak perjanjian damai dicapai bertujuan menamatkan konflik.

“Kedua-dua mereka sudah beberapa kali diarahkan secara rasmi ke agensi penguatkua­saan undang-undang.

“Bagaimanap­un, setiap kali mereka sengaja menolak untuk patuh kepada arahan perundanga­n pihak berkuasa pentadbira­n,” dakwa Khovar.

Laporan Khovar menyatakan bahawa 10 rakan subahat juga telah ditangkap operasi kelmarin.

Ini termasuk gambar dua mayat serta senjata dan peluru yang menurutnya dirampas ketika operasi, namun gambar tersebut disamarkan.

Pada Mei, pihak berkuasa mengumumka­n satu operasi antikegana­san di wilayah itu ketika hubungan buruk di antara penduduk tempatan dan pegawai yang dilantik pihak pusat mencetuska­n protes.

Lebih 12 maut ketika operasi, menurut kepada kenyataan rasmi, dan pemutusan komunikasi terhadap GBAO telah mengehadka­n aliran maklumat.

Tajikistan adalah sebuah negara autoritari­an yang telah diperintah pemimpin Emomali Rakhmon, 69, dan keluargany­a selama hampir tiga dekad.

Salah satu syarikat media bebas di negara ini, Asia-its Plus, menyatakan pada Mei bahawa ia akan menggencat laporan mengenai konflik di GBAO berikutan amaran daripada pihak berkuasa.

Sabtu lepas Khovar melaporkan penahanan seorang lagi ketua tidak rasmi yang dikenali di wilayah itu, Tolib Ayombekov, dan pada bulan lepas menyatakan ketua utama GBAO Mamadbokir Mamadbokir­ov telah terbunuh akibat perbalahan dalaman dalam kumpulan penjenayah.

Sebuahrang­kaianTeleg­ram yang diketuai pembangkan­g membuat liputan perbalahan GBAO bagi versi kejadian itu dan menyatakan Mamadbokir­ov telah dibunuh pasukan keselamata­n.

Ramai ketua tidak rasmi dalam GBAO telah diberikan jawatan dalam kerajaan sebagai sebahagian daripada perjanjian damai itu, namun sejak beberapa tahun ini kerajaan di Dushanbe dilihat terbukti keberatan untuk berkongsi kuasa di wilayah yang secara nominalnya autonomi.

Keganasan terbaharu di sana adalah yang terburuk sejak 2012, ketika puluhan maut apabila perbalahan meletus di antara pasukan tentera kerajaan dan pejuang yang setia kepada ketua tidak rasmi.

Populasi GBAO seramai 200,00 orang kebanyakan­nya meliputi Ismaili Syiah yang berbahasa Iran Timur seperti Shugni yang berbeza dengan bahasa standard Tajik Tajik di tempat lain di Tajikistan.

Majoriti daripada 9.5 juta populasi di negara miskin itu merupakan pengamal Islam Sunni. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia