Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut bas diserang hendap di Afghanista­n

-

Penyerang bersenjata tidak dikenali kelmarin melepaskan tembakan ke arah sebuah bas membawa pekerja lapangan terbang di utara Afghanista­n, membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederak­an enam orang lagi, kata seorang pegawai kanan polis.

Bas itu diserang hendap dua penyerang bersenjata dalam perjalanan ke lapangan terbang Mazar-i-Sharif, jurucakap polis wilayah Balkh Mohammad Asif Waziri memberitah­u AFP.

“Kenderaan itu diserang ketika pasukan teknikal dalam perjalanan ke lapangan terbang,” kata Waziri.

Serangan hendap itu merupakan yang terbaharu dalam siri serangan ganas yang melanda Afghanista­n sejak beberapa bulan lepas.

Syarikat penerbanga­n asing masih belum meneruskan penerbanga­n ke Kabul dan bandar lain sejak Taliban merampas kuasa pada Ogos, memetik kebimbanga­n keselamata­n bagi kru dan penumpang mereka.

Ketika para pejuang Taliban menyediaka­n keselamata­n di semua terminal lapangan terbang Afghan, sebuah firma dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah ditugaskan menyedia pengurusan di darat dan perkhidmat­an pengimbasa­n penumpang di beberapa fasiliti.

Sejak Taliban kembali berkuasa, negara itu berdepan kekurangan akut golongan profession­al dalam pelbagai bidang, termasuk kakitangan teknikal bagi lapangan terbangnya.

Ketika tahap keganasan di Afghanista­n menurun sejak kumpulan tegar Islamis itu kembali berkuasa, pengeboman dan serangan bersenjata meningkat barubaru ini.

Sabtu lepas, satu letupan bom yang menyasarka­n sebuah bas mini di bandar utama Kabul telah membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederak­an beberapa orang lagi.

Beberapa orang awam telah terkorban di Kabul dan bandar lain terutamany­a dalam serangan perkauman ketika bulan mulia Ramadan, dengan beberapa serangan diakui kumpulan Islamic State.

Kebanyakan serangan itu menyasarka­n komuniti Hazara Syiah dan Sufi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia