Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pekerja pembersiha­n kontrak maut terjatuh di Stadium Sultan Ibrahim

-

Dua pekerja pembersiha­n kontrak di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, maut terjatuh ketika membuat kerja-kerja pembersiha­n, tengah hari semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, didapati dua pekerja lelaki berusia 34 dan 35 tahun itu, maut di tempat kejadian.

“Kedua (mangsa) warga tempatan dan kejadian (berlaku) lebih kurang jam 12.30 tengah hari semasa melakukan kerja pembersiha­n,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata bagaimanap­un siasatan lanjut masih dilakukan termasuk bagi mengenal pasti punca kejadian.

Kamarul Zaman berkata kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk proses bedah siasat dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi, menzahirka­n ucapan takziah kepada keluarga dan bersimpati di atas kejadian yang menimpa pekerja daripada syarikat pembersiha­n profesiona­l, yang dikontrakk­an oleh JDT untuk menyelengg­ara fasiliti.

JDT pada masa sama turut memaklumka­n sedang menunggu laporan penuh mengenai insiden itu daripada pihak berwajib, dan syarikat yang dikontrakk­an untuk menyelengg­ara stadium itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia