Utusan Borneo (Sarawak)

Reman suspek kes rogol 19 tahun lepas disambung tiga hari

-

Reman terhadap seorang lelaki berkaitan kes rogol yang berlaku 19 tahun lepas (2003) disambung tiga hari lagi sehingga 16 Jun ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat ketika dihubungi berkata perintah reman dikeluarka­n Mahkamah Majistret Parit Buntar semalam bagi membolehka­n polis meneruskan siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dilapor, suspek berusia 40 tahun itu sebelum ini telah direman empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Bagan Serai bermula 10 Jun sehingga semalam.

Polis berjaya menahan suspek yang disyaki terlibat kes rogol di Bagan Serai, Perak selepas 19 tahun berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilapor berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam di sekitar Bagan Serai, Perak pada Khamis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia