Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan perkenal harga siling bergerak

Usaha kerajaan bagi menjamin sekuriti makanan

-

“Ini untuk mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap import makanan. Perkara ini akan dibincangk­an dengan lebih lanjut dalam mesyuarat dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam ” masa terdekat.

KUALA LUMPUR: Memperkena­lkan harga siling bergerak yang berubah kepada faktor harga input adalah antara langkah yang akan diambil oleh kerajaan sebagai usaha menjamin sekuriti makanan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata langkah itu seiring dengan perancanga­n bantuan terus bersasar kepada golongan yang memerlukan seperti yang diumumkan sebelum ini.

Katanya kerjasama antara kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri juga akan dipertingk­atkan dalam usaha meningkatk­an keluasan tanah bagi kegunaan pertanian.

“Ini untuk mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap import makanan. Perkara ini akan dibincangk­an dengan lebih lanjut dalam mesyuarat dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Perdana Menteri berkata langkah itu adalah antara keputusan yang dicapai hasil mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerus­ikan beliau semalam, dan menurutnya mesyuarat itu membincang­kan tiga perkara utama yang berhubung kait dengan sekuriti makanan, memudahkan urusan perniagaan di Malaysia, serta menangani tenaga mahir dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).

Perbincang­an melibatkan pembentang­an pihak Khazanah Research Institute (KRI), Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC), Per

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri

satuan Industri Semikonduk­tor Malaysia (MSIA) dan wakil-wakil industri.

Sementara itu Ismail Sabri berkata keputusan lain yang dipersetuj­ui ialah usaha memperluas­kan ekosistem agromakana­n dengan rantaian bekalan diterajui oleh Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan agensi kerajaan.

Koordinasi ini katanya bagi memastikan kualiti, kuantiti dan pengeluara­n hasil ke tahap optimum selain bekalan terjamin.

“Sebagai contoh bekalan dan harga ayam dapat dikawal sekiranya agensi kerajaan berkenaan terlibat dalam ekosistem industri penternaka­n bermula daripada membekal anak ayam, makanan ternakan, pengangkut­an, pemasaran dan sebagainya,” katanya.

Selain itu katanya kerajaan juga akan meningkatk­an kerjasama awam dan swasta dengan memberi fokus terhadap usaha modenisasi dan mengalakka­n pertanian pintar dalam meningkatk­an hasil pertanian.

“Inisiatif ini akan disokong melalui usaha menyatukan tanah ladang, tanah terbiar dan tanah wakaf,” katanya.

Tambahnya bagi memastikan hasil pertanian mempunyai pasaran, program ladang kontrak akan terus digalakkan di mana peladang dan petani tidak mempunyai masalah memadankan pengeluara­n hasil pertanian dengan permintaan pasaran.

Ismail Sabri berkata kerajaan komited terhadap kajian yang berdaya maju dan berpotensi untuk dimanfaatk­an secara strategik bagi mendepani cabaran global untuk menjamin ekosistem sekuriti makanan lebih inklusif dan menyeluruh demi kesejahter­aan Keluarga Malaysia. — Bernama

 ?? ?? ISMAIL
ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia